Topik diikuti
Pergi ke BHkuWan dan Iana serikan Gah(kustik) minggu ini

DUET 'MELETUP': Bakat Singapura Wan Mohd Fuad dan Iana Eyzana menyanyikan lagu duet bertajuk 'Tetesan Air Cinta' di sesi persembahan akustik Gah(kustik) di laman Facebook Berita Harian Singapura. - Foto PUTRI MARDHIYAH YAZID
Sep 12, 2017 | 5:30 AM
Wan dan Iana serikan Gah(kustik) minggu ini
DUA bakat Singapura, Wan Mohd Fuad dan Iana Eyzana, yang sudah mencuba nasib dalam peraduan realiti di Malaysia dan Indonesia, akan ditampilkan dalam persembahan Gah(kustik) Edisi Singapura di wadah digital Berita Harian minggu ini.
Wan, yang memenangi peraduan Instagram Astro sempena peraduan Duo Star tahun lalu dan berpeluang menyanyi bersama juara pertandingan tersebut, Syamel, akan menyanyikan singlenya, Hapus.