Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Wanita perlu berdikari selepas berkahwin, kata isteri pengarah M'sia Syamsul Yusof

Jan 05, 2023 | 05:30 AM



Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat, yang sekian lama dilaporkan media di Malaysia sedang mengharungi kemelut rumah tangga dengan suaminya pengarah Syamsul Yusof, baru-baru ini berkata isteri harus bekerja keras dan kekal berpendapatan walaupun selepas berkahwin.



Puteri Sarah, yang berkata beliau berkongsi pendapat secara umum dan bukan merujuk kepada diri sendiri juga berkata sikap suami biasanya berbeza sebelum dah sesudah kahwin.



"Suami sebelum kahwin berbeza dengan selepas kahwin. Kalau sebelum kahwin kamu rasa sudah cukup kenal perangai pasangan, silap besar," kata Puteri Sarah, merujuk kepada satu kiriman di media sosial.



"Ada netizen beri artikel untuk saya baca. Sesuatu untuk direnungkan pada semua.



"Ini kisah orang lain, bukan saya, tapi nombor empat (merujuk kepada sikap suami sebelum dan selepas kahwin) itu sangat betul," kata beliau lagi, yang sedang bercuti di Tokyo, Jepun bersama dua anaknya.



Pada masa sama, Puteri Sarah berharap wanita yang menjadi mangsa curang lebih tegas dalam setiap pendirian seperti dikongsi artikel itu.



"Jangan jadi terlalu baik sampai orang pijak kepala. Ada masa kau kena pejam mata dan tegas dalam sesuatu. Isteri kena bekerja supaya bila jadi macam ini kita tak terkontang-kanting. Kita masih ada kewangan sendiri.



"Ketahui hak anda sebagai seorang isteri dan cari cara pertahankan hak itu. Hiduplah untuk diri sendiri. Hidup ini singkat sahaja, jadi, buatlah semua benda yang boleh bahagiakan diri dengan bebas tanpa rasa terikat," katanya lagi.



Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dengan suami, Syamsul Yusof, berlaku sejak beberapa tahun lalu berpunca atas dakwaan kehadiran 'orang ketiga' dikenali sebagai Ira Kazar.



Dalam pada itu, ibu mertuanya, Datin Fatimah Ismail, baru-baru ini juga berkata beliau tidak akan memaafkan sesiapa sahaja yang menjadi punca keretakan sesebuah keluarga.



Beliau berkata demikian di media sosial, menerbitkan kiriman yang diiringi gambar Syamsul dan Puteri Sarah.



"Meruntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka," katanya.



Sejak minggu lalu, bertebaran khabar angin mendakwa Syamsul sudah bernikah dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.



Menyusuli itu, Syamsul berjanji akan menjawab semua persoalan mengenai kemelut rumah tangga dan gosip menikahi Ira dalam masa terdekat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >