Wanita
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 aplikasi terbaik jejak kehamilan dan bayi

WHe@Produk
Sep 4, 2024 | 5:30 AM
Aplikasi kehamilan dan penjejak bayi kini dapat membantu ibu hamil mengawasi perkembangan bayi secara lebih terperinci.
Aplikasi kehamilan dan penjejak bayi kini dapat membantu ibu hamil mengawasi perkembangan bayi secara lebih terperinci. - Foto PIXABAY

Pengalaman mengandung memang agak menggentarkan tidak kira bagi bakal ibu atau yang sudah berpengalaman.

Banyak perubahan yang sedang berlaku dalam tubuh sendiri, termasuk si kecil yang kian membesar.

Mujur, terdapat beberapa aplikasi kehamilan yang dapat membantu anda memahami apa yang berlaku setiap minggu dan menjelaskan setiap perkembangan.

Aplikasi itu bukan sahaja dapat memberitahu anda mengenai perkembangan bayi, malah ia juga memberikan perangkaan seperti saiz bayi, di samping membantu memantau perubahan dalam tubuh semasa hamil.

“Fasa kehamilan merupakan masa apabila tubuh sedang mengalami banyak perubahan.

“Melalui sebuah aplikasi, ia dapat membantu anda mempersiapkan diri untuk segala kemungkinan dan menjadi lebih peka terhadap apa yang dianggap normal mahupun tidak,” kata Dr Christine Masterson, pakar sakit puan di Summit Medical Group di New Jersey, di laman web, Women’s Health.

Ibu hamil boleh mendapatkan maklumat kesihatan mengenai kehamilan dan perkembangan bayi seperti kesihatan mental bakal ibu, pengesanan tendangan bayi, berat badan dan lain-lain lagi.
Ibu hamil boleh mendapatkan maklumat kesihatan mengenai kehamilan dan perkembangan bayi seperti kesihatan mental bakal ibu, pengesanan tendangan bayi, berat badan dan lain-lain lagi. - Foto ISTOCKPHOTO

Aplikasi itu akan terus berkembang dengan kemajuan teknologi.

Walaupun terdapat banyak panduan yang berfaedah, ia tidak boleh menandingi kepakaran doktor.

“Anda tidak seharusnya bergantung pada aplikasi sahaja untuk menjawab segala pertanyaan mengenai keadaan anda tanpa menjalani periksaan daripada pakar,” tambah Dr Masterson.

Apakah perkara yang perlu anda ketahui mengenai kehamilan dan pengesanan bayi?

Berikut beberapa aplikasi pengesanan bayi terbaik di pasaran untuk memudahkan anda mengenal pasti pertumbuhan bayi selain mendapat maklumat penting lain mengenai kehamilan.

‘What To Expect Pregnancy & Baby Tracker’

Melalui aplikasi, ‘What To Expect’, ibu hamil dapat meninjau perkembangan bayi dengan maklumat dan kesan visual yang menarik dan mudah difahami.
Melalui aplikasi, ‘What To Expect’, ibu hamil dapat meninjau perkembangan bayi dengan maklumat dan kesan visual yang menarik dan mudah difahami. - Foto APLIKASI WHAT TO EXPECT

Buku, What to Expect When You’re Expecting, yang sering disebut sebagai, bahan bacaan utama kehamilan ini telah wujud sejak sekian lama.

Ia sarat maklumat berguna dan hampir semua maklumat tentang kehamilan di sini mudah dicerna.

Untungnya, versi aplikasinya tidak kurang hebat.

Di samping pengesanan peribadi yang menunjukkan butiran tepat mengenai tahap kehamilan setiap masa, ia menawarkan video mingguan tentang perkembangan tubuh dan bayi anda, serta banyak lagi maklumat dari segi pemakanan hingga ke senaman yang dapat membantu dalam melancarkan proses melahirkan. 

Anda juga boleh mendapatkan petua kesihatan sekali gus rencana yang telah disahkan oleh pakar perubatan.

“Aplikasi ini sangat disyorkan,” kata Dr Masterson, “ditambah dengan nasihat perubatan serta kesan bunyi”. 

‘WebMD Pregnancy’

Bagi ibu hamil yang ingin mendapatkan maklumat kesihatan secara terperinci dan padat dengan mudah, anda tidak akan menyesal mengikuti aplikasi kehamilan, ‘WebMD’.

Daripada semua aplikasi, Dr Masterson, mengatakan bahawa aplikasi ini mempunyai maklumat perubatan yang boleh dipercayai.

Melalui aplikasi ini, anda boleh mengesan tendangan bayi, berat badan, tekanan darah dan juga pengecutan.

Anda juga boleh menyimpan soalan yang ingin ditanyakan kepada doktor di janji temu yang akan datang serta membuat senarai semak untuk keperluan bayi.

‘The Bump Pregnancy Countdown’

Aplikasi, ‘The Bump Countdown’, menawarkan gambaran tiga dimensi (3D) untuk menunjukkan perkembangan bayi dengan lebih mendalam.
Aplikasi, ‘The Bump Countdown’, menawarkan gambaran tiga dimensi (3D) untuk menunjukkan perkembangan bayi dengan lebih mendalam. - Foto APLIKASI THE BUMP COUNTDOWN

Aplikasi ini dapat memberikan anda gambaran tiga dimensi (3D) yang menarik mengenai perkembangan bayi setiap minggu.

Anda juga boleh mengajukan soalan dan mendapatkan jawapan serta-merta daripada kakitangan ‘The Bump’, golongan pakar dan golongan ibu berpengalaman.

Dr Renuka Darolia, seorang pakar sakit puan di Pusat Hospital MedStar Washington di Washington DC, juga sangat senang dengan ulasan produk dalam aplikasi ini dan pengesahan produk yang dapat memudahkan ibu hamil mendapatkan perkakas dan produk yang mesti ada.

‘Pregnancy +’

Aplikasi ini pula mempunyai lebih 65 juta langganan daripada ibu di seluruh dunia iaitu, ‘Pregnancy +’.

Terdapat pelbagai kegunaan dalam aplikasi ini yang dapat membantu ibu mengandung memantau kehamilan.

Bakal ibu juga diberikan akses kepada cadangan bagi nama-nama bayi yang disukai ramai dari pelbagai negara,

Terdapat pertanyaan yang boleh diajukan kepada doktor kehamilan ketika pemeriksaan kandungan dan juga pelbagai rencana berkaitan kehamilan seperti perkembangan bayi, kesihatan mental ibu mengandung, perubahan bentuk badan dan lain-lain lagi. 

Sebagai contoh, aplikasi ini membenarkan kaum ibu mencatat perkembangan dan berat badan bayi, ukuran perut hingga ke janji temu dengan doktor.

Selain itu, aplikasi ini dapat memberikan panduan mengenai pemeriksaan kesihatan yang berkaitan dengan kehamilan yang boleh dilakukan oleh bakal ibu.

‘Hellobumil’

Aplikasi, ‘Hellobumil’, membantu pasangan bakal ibu dan bapa mendapatkan anak dengan menawarkan beberapa program seperti, Program Hamil dan Program Pascamelahirkan.
Aplikasi, ‘Hellobumil’, membantu pasangan bakal ibu dan bapa mendapatkan anak dengan menawarkan beberapa program seperti, Program Hamil dan Program Pascamelahirkan. - Foto APLIKASI HELLOBUMIL

Selain aplikasi yang diusulkan oleh pakar kesihatan kandungan dari luar negara, terdapat juga aplikasi yang boleh digunakan dari Indonesia iaitu, ‘Hellobumil’.

‘Hellobumil’ merupakan aplikasi yang mendapat penilaian yang cukup baik daripada para penggunanya sebanyak 4.1 per 5.0.

Aplikasi ini boleh dikatakan mempunyai struktur yang baik kerana meliputi pelbagai jenis kegunaan bermula dari Fasa Program Hamil, Fasa Kehamilan hingga ke Fasa Pascamelahirkan.

Dalam Fasa Program Hamil, aplikasi ini menyediakan ciri Kalendar Kusuburan yang dapat membantu anda mengetahui waktu subur yang terbaik.

Selain itu, terdapat artikel yang  memberikan panduan agar program hamil dapat berjalan dengan lancar.

Selanjutnya ialah Fasa Kehamilan, ‘Hellobumil’ menyediakan garis waktu yang memungkinkan anda mencatat perkembangan janin selain dari Hitung Tendangan, Bacaan Mama, dan Tanya Ahli yang memudahkan pemantauan kehamilan. 

Dalam Fasa Pascamelahirkan pula, anda dapat memanfaatkan ciri seperti Tumbuh Kembang, Album Foto, Bacaan Mama, dan Tanya Ahli untuk menghadapi sang buah hati di setiap fasa pertumbuhannya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg