Wanita
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beg ‘hobo’ santai untuk penampilan kontemporari

Dec 27, 2023 | 5:30 AM
BEG SANTAI: Beg Luka Woven Slouchy ini mirip dengan reka bentuk jalinan yang terkenal dengan jenama Bottega Veneta.
BEG SANTAI: Beg Luka Woven Slouchy ini mirip dengan reka bentuk jalinan yang terkenal dengan jenama Bottega Veneta. - Foto oleh COTTON ON

Sesuai dengan mana-mana pakaian, beg hobo (berbentuk bulan sabit) yang tidak tegap kembali di ‘runway’ musim bunga 2023, dan dikemas kini dengan bentuk lebih kontemporari.

Daripada kulit yang mewah untuk sentuhan kemewahan santai atau ‘casual luxury’ kepada beg jinjing, atau tote, hujung minggu dengan ruang yang luas untuk menyimpan semua barangan yang perlu dibawa oleh kaum ibu semasa dalam perjalanan.

Berikut ialah saranan majalah Her World untuk beg hobo yang patut dibeli sekarang.

BEG HOBO ‘METROPOLITAN’

BEG HOBO ‘METROPOLITAN’: Beg jenama Ferragamo ini sesuai untuk penampilan lebih profesional.
BEG HOBO ‘METROPOLITAN’: Beg jenama Ferragamo ini sesuai untuk penampilan lebih profesional. - Foto FERRAGAMO

Beg hobo baru dengan daya tarikan metropolitan menampilkan butiran untuk penampilan yang tegas.

Dihasilkan daripada kulit anak lembu yang disikat, ia mempunyai bentuk bulat pada pangkal dan poket asimetri di bahagian hadapan, diikat dengan kancing Gancini.

Beg ini dilengkapi dengan poket berzip dan dua celah kulit yang diikat dengan pengikat jambatan magnetik dan disandang di bahu berkat tali bahu yang besar, yang panjangnya boleh dilaraskan.

BEG HOBO ‘MARCIE’

BEG HOBO ‘MARCIE’: Beg ini sesuai digunakan untuk kegiatan seharian.
BEG HOBO ‘MARCIE’: Beg ini sesuai digunakan untuk kegiatan seharian. - Foto CHLOE

Label ‘Marcie’ yang ikonik diperluas dengan beg hobo yang lapang ini, dan dipadankan dengan garisan bersih serta siluet yang lembut.

Diperbuat daripada kulit anak lembu berbutir, beg harian ini menampilkan kepingan logam pada pemegang tangan beg itu.

Butiran tad warna emas halus dan jumbai merupakan estetika tersendiri Marcie, manakala bahagian dalam yang lapang dilengkapkan dengan poket berzip.

Beg hobo ini boleh disandang dengan santai di bahu pengguna.

BEG HOBO ‘EMY’

HOBO BAHU ‘EMY’: Beg keluaran The Row ini memberi sentuhan anggun kepada penampilan.
HOBO BAHU ‘EMY’: Beg keluaran The Row ini memberi sentuhan anggun kepada penampilan. - Foto CLUB 21

Alami kemewahan setiap hari dengan hobo bahu ‘Emy’ oleh The Row.

Beg elegan ini merangkumi gaya mudah dan ketukangan yang unggul.

Direka dengan bahan premium, bahagian dalam yang luas dan siluet bergaya menjadikannya teman yang sempurna untuk sebarang majlis, menambahkan sentuhan keanggunan yang bersahaja pada pakaian anda.

‘HOBO’ BENTUK ANYAMAN

REKA BENTUK ANYAMAN: ‘Intrecciato’ ataupun reka bentuk anyaman ini terkenal dengan jenama Bottega Veneta.
REKA BENTUK ANYAMAN: ‘Intrecciato’ ataupun reka bentuk anyaman ini terkenal dengan jenama Bottega Veneta. - Foto oleh BOTTEGA VENETTA

Beg bahu diperbuat daripada kulit kulit kambing yang lembut menggunakan seni tukang yang dipanggil ‘Intrecciato’, ataupun reka bentuk anyaman, yang terkenal dengan jenama Bottega Venetta.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg