SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Berjalan demi menentang barah buah dada

Berjalan demi menentang barah buah dada

Nov 8, 2023 | 5:30 AM

Berjalan demi menentang barah buah dada

TUNJUK SOKONGAN: Lebih 3,500 peserta memberi sokongan bagi acara ‘Pink Ribbon Walk 2023’ anjuran Yayasan Barah Buah Dada (BCF).
TUNJUK SOKONGAN: Lebih 3,500 peserta memberi sokongan bagi acara ‘Pink Ribbon Walk 2023’ anjuran Yayasan Barah Buah Dada (BCF). - Foto YAYASAN BARAH BUAH DADA (BCF)

Acara tahunan Yayasan Barah Buah Dada (BCF), ‘Pink Ribbon Walk 2023’, menyaksikan penyertaan 3,514 individu yang mewakili pelbagai kontinjen.

Mereka memberikan sokongan kuat petanda satu langkah penting dalam perjuangan berterusan menentang barah buah dada.

Acara berjalan kaki sejauh tiga kilometer (km) dan lima km pada pagi Ahad di Marina Bay Sands (MBS) Events Plaza itu meliputi beberapa kawasan ikonik Singapura seperti Esplanade, Jambatan Jubli, One Fullerton dan Bendungan Marina.

Dengan tema kempen bulan kesedaran barah buah dada, ‘Menyertakan Si Dia Dalam Gambaran’, acara itu turut menarik penyertaan kaum lelaki.

Ia membawa mesej bahawa kaum Adam turut memainkan peranan dalam menyokong usaha pengesanan awal dan meningkatkan kesedaran tentang penyakit itu, di samping menyokong wanita dalam proses pemulihan mereka.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg