Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wanita
40
0

WHe@Sihat

Diet: Bolehkah anda percaya nasihat pempengaruh dalam talian?

Jan 03, 2024 | 05:30 AM



Nasihat ahli biokimia Perancis, Cik Jessie Inchauspe, untuk memantau kadar glukosa dalam darah mungkin meragukan.

“Minum sesudu cuka sebelum memakan hidangan yang mengandungi kadar glukosa yang paling tinggi,” saran Cik Inchauspe, yang mempunyai tiga juta pengikut di Instagram dan merupakan pengarang dua buku terlaris mengenai ‘petua kadar glukosa’.

Beliau adalah antara beberapa pempengaruh di media sosial dengan latar belakang berkaitan sains atau penjagaan kesihatan dan mempunyai jutaan pengikut.

Cik Inchauspe menawarkan kursus latihan dalam talian berharga AS$2,499 ($3,355) di laman webnya.

Apabila pempengaruh terkenal juga merupakan pakar perubatan atau saintis, adakah mereka boleh dipercayai?

Doktor dan pakar diet menasihati ramai supaya berhati-hati dan mendapatkan pendapat kedua sebelum menerima nasihat mereka.

Pakar Diet, Cik Jaclyn Reutens, dari Perunding Pemakanan dan Sukan Aptima, mengatakan bahawa walaupun pempengaruh mungkin mempunyai minat dalam sesuatu bidang, mereka mungkin tidak layak untuk memberi nasihat tentang bidang tersebut.

“Seorang pakar diet dilatih secara klinikal untuk merawat dan menetapkan diet, manakala pakar pemakanan tidak semestinya terlatih,” katanya.

“Periksa kelayakan mereka sebelum mengikut sebarang nasihat.

“Singkatan yang sering diperlukan untuk siaran di media sosial mungkin mempermudah topik yang rumit,” katanya.

Pempengaruh sedemikian mungkin mengutamakan trend berbanding nasihat berasaskan bukti, tambahnya.

Dr Tan Wei Jie dari Klinik DTAP berkata orang ramai harus berhati-hati untuk mengesahkan ketepatan maklumat yang mereka temui dalam talian.

“Anda harus sentiasa menyemak semula maklumat perubatan yang ditemui dalam talian dengan penjaga kesihatan berdaftar, terutama apabila anda berasa ragu,” kata beliau.

The Straits Times meminta dua doktor dan dua pakar diet untuk memeriksa petua pemakanan dalam talian daripada pempengaruh terkemuka dengan kelayakan berkaitan kesihatan.


Berikut adalah apa yang mereka dapati.

Prakencing manis ialah satu keadaan di mana paras gula dalam darah lebih tinggi daripada biasa, tetapi tidak cukup tinggi untuk seseorang itu dianggap menghidap kencing manis.

Perubahan gaya hidup boleh melawan prakencing manis, menurut Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).

Petua glukosa utama Cik Inchauspe, seperti yang dikongsi di halaman Instagramnya, termasuk mengurangkan gula semasa sarapan dan makan makanan yang kaya protein.

Beliau mencadangkan supaya makan sayur dahulu dan karbohidrat di akhir setiap hidangan dan menasihati supaya minum sesudu cuka dalam segelas air sebelum makan.

Apakah pendapat pakar tentang nasihat pempengaruh?

Ketua Jabatan Dietetik Hospital Besar Changi, Cik Ong Li Jiuen, berkata: “Tiada bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong bahawa paras gula dalam darah dipengaruhi dengan ketara mengikut susunan cara makan hidangan.”

Dr Tan mengatakan bahawa menambah protein, lemak dan serat pada makanan boleh melambatkan penyerapan glukosa.

Bagi cuka pula, golongan pakar mempunyai pandangan berbeza-beza.

Sementara itu, kiropraktor Encik Alan Mandell mempunyai 7.9 juta pengikut di YouTube, tiga juta di TikTok dan 1.7 juta di Instagram, memuatkan video yang menawarkan petua melegakan kesakitan dan petua pemakanan.

Perkhidmatan kiropraktik tidak dikawal oleh Kementerian Kesihatan (MOH) di Singapura, tetapi amalan itu diketahui memberi tumpuan kepada keadaan tulang belakang dan otot.

Encik Mandell mencadangkan bahawa meminum halia yang direbus dalam air boleh membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan metabolisme.

Pakar bersetuju bahawa kesan halia belum diketahui secara saintifik.

Cik Ong berkata: “Meminum air halia mungkin menawarkan manfaat penghadaman, selaras dengan kegunaan tradisionalnya untuk mengurangkan ketidakselesaan, tetapi tindak balas individu mungkin masih berbeza-beza.

“Secara keseluruhan, campuran halia harus dilihat sebagai sebahagian daripada gaya hidup seimbang, dan rundingan dengan penjagaan kesihatan disyorkan untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan tertentu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >