Masih belum puas dengan siri Squid Game (2021 hingga 2025) selepas episod akhir Musim Ketiga di Netflix?
Jenama pakaian sukan, Puma, kini melancarkan koleksi keduanya yang diinspirasikan daripada siri popular itu, hasil kerjasama bersama Netflix, lapor The Straits Times.
Jika koleksi pertama menampilkan sut balapan hijau yang jelas menyerupai pakaian pemain dalam siri tersebut, koleksi kali ini lebih bersifat abstrak.
Anda boleh bergaya seperti Pemain 456 dengan jersi bola sepak santai ($119) dan seluar pendek santai ($89) yang menampilkan logo Puma x Squid Game, serta grafik geometri yang merujuk kepada pengawal bertopeng dalam siri itu.
Terdapat juga kemeja-T grafik ($59) dengan tiga reka bentuk berbeza yang mengetengahkan unsur permainan ikonik dalam cerita tersebut.
Bahagian kasut dalam koleksi itu membolehkan anda menggayakan tema, Squid Game, secara tidak menonjol.
Model Palermo ($179) dan Easy Rider ($159) tampil dengan sentuhan logo khas pada lidah kasut.
Easy Rider menampilkan reka bentuk tidak simetri merah-hijau serta tag gantung khas watak, Chul-su – patung robot lelaki yang mengesan pergerakan dan muncul dalam Musim Ketiga.
Manakala model Palermo hitam pula menonjol dengan jahitan kontras, aksesori renda dan tag gantung dalam warna merah jambu-hijau – kunci ikonik daripada Episod Satu Musim Ketiga yang pasti dikenali peminat tegar.
Maklumat: Tersedia di kedai Puma di 313@somerset (Aras 1, unit 01-10 hingga 13), VivoCity (Aras 2, unit 02-13) dan Bugis+ (Aras 2, unit 02-18), serta di cawangan terpilih Limited Edt.
Rangkaian lengkap jenama kecantikan Korea popular, Amuse – yang diwakili bintang K-pop, Jang Won-young – kini boleh didapati secara eksklusif di cawangan terpilih Watsons dan dalam talian.
Sebelum ini, ia hanya dijual di peruncit kecantikan, Sephora.
Jenama solekan vegan ini dikenali dengan produk asas dan pemerah pipi, namun paling mendapat perhatian adalah koleksi tinta bibir yang tular.
Jel-Fit Tint ($24), pilihan paling melembapkan, menghasilkan warna terang dengan kemasan berkilat seperti jeli.
Versi yang kurang berkilat, Bebe Tint ($24), pula diperkaya dengan peptida.
Turut ditawarkan ialah Dew Tint ($24) yang tampil dengan penutup bermotif bunga – tinta bibir ringan dan menyegarkan yang memberikan kesan bibir berseri semula jadi.
Nikmati diskaun 20 peratus untuk produk Amuse sehingga 13 Julai sempena promosi pembukaan, eksklusif di Watsons Takashimaya (Aras B2-06/07/08/09/10).
Maklumat: Tersedia di cawangan Watsons terpilih dan dalam talian di watsons.com.sg.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg