Wanita
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Konvensyen Muslimah 2025: Peluang dapat bimbingan luah ‘perjuangan tersembunyi’

Sep 24, 2025 | 5:30 AM
Konvensyen Muslimah 2025, Masjid Sultan, Masjid Jamiyah Ar-Rabitah
Penceramah yang bakal muncul dalam Konvensyen Muslimah 2025 di Masjid Sultan pada 15 November, anjuran Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, (dari atas, kiri, ikut putaran jam) Ustazah Liyana Musfirah, Ustazah Shameem Sultanah, Cik Fiza O, dan Ustazah Amirah Munawwarah. - Foto MASJID JAMIYAH AR-RABITAH

Ramai wanita tampil tersenyum di khalayak ramai, di depan kaum keluarga atau sahabat handai.

Namun di sebalik senyuman itu, ada yang menyembunyikan kepahitan dan kesakitan yang berpanjangan, yang sukar diungkap dengan kata-kata atau dikongsi dengan insan lain.

Itulah realiti yang ingin diketengahkan menerusi Konvensyen Muslimah 2025 anjuran Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, yang bakal berlangsung pada 15 November 2025, di Auditorium Masjid Sultan.

Bertema, Perjuangan Yang Tersembunyi (The Silent Struggle), konvensyen itu menjadi ruang selamat bagi Muslimah menyingkap beban tersembunyi yang selama ini dipendam, dan mencari kekuatan serta bimbingan melalui iman dan perpaduan.

Konvensyen yang dianjurkan untuk kali kelima oleh Masjid Jamiyah Ar-Rabitah itu telah menjadi wadah penting bagi wanita Islam membincangkan isu semasa yang dekat di hati mereka; daripada aspek keluarga, identiti, kepada kesejahteraan emosi.

Pada 2025, tumpuan diberikan kepada ‘perjuangan senyap’ yang dialami ramai wanita, sama ada akibat trauma lampau, hubungan toksik, atau rasa malu yang membelenggu diri.

“Terlalu ramai Muslimah yang memendam derita dalam diam, berasa mereka mesti menanggung kesakitan seorang diri.

“Kami percaya setiap wanita berhak mendapat ruang yang jujur dan selamat untuk meluahkan serta mencari penyembuhan,” kata Timbalan Pengurus, Jabatan Dakwah Masjid Jamiyah Ar-Rabitah yang juga Ketua Projek Konvensyen Muslimah, Ustazah Siti Zubaidah Mohamed.

“Konvensyen ini adalah langkah untuk memecahkan kesunyian itu, dan mengingatkan bahawa suara, kisah, dan penyembuhan mereka amat penting,” tambah beliau.

Antara pengisian program termasuk ceramah, Masih Menanggung Malu? (Still Carrying the Shame?), oleh Ustazah Liyana Musfirah, yang membincangkan bagaimana pengalaman zaman kanak-kanak terus membekas hingga dewasa; serta Adakah ia Cinta – atau Kawalan?, oleh Ustazah Shameem Sultanah yang menyentuh isu manipulasi psikologi, pemerasan emosi, dan hubungan berasaskan kawalan.

Forum utama bertajuk, Kesembuhan Bermula Hari Ini (Healing Starts Today), pula akan dibincangkan oleh Ustazah Amirah Munawwarah dan Ustazah Shameem Sultanah.

Ia mengetengahkan gabungan antara kesedaran rawatan moden dengan refleksi kerohanian Islam untuk memulakan proses penyembuhan.

Acara itu turut dimeriahkan oleh personaliti media, Cik Fiza O, yang akan mengacarakan sesi penuh emosi dan ilmu.

Dengan bayaran penyertaan $45 (untuk 100 peserta yang mendaftar terawal) dan $55 (harga biasa), Konvensyen Muslimah 2025 bukan sekadar sebuah acara, ia adalah gerakan untuk menguatkan wanita melalui iman, ilmu, dan sokongan sesama.

Untuk pendaftaran, sila ke pautan berikut: https://tinyurl.com/MJARKM25

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg