Wanita
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mamanda cawangan terkini berdekatan Kolam Air Bedok

Jul 30, 2025 | 5:30 AM
Cik Zafirah Zulkarnine,  , Cik Masmunah Abdullah, mamanda
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mamanda, Cik Zafirah Zulkarnine (kiri), mendapat bimbingan daripada ibunya, Cik Masmunah Abdullah, sebagai Pengarah Pemasaran dalam pengurusan restoran mereka. - Foto BH oleh HANIM MOHD SALEH

Dengan pemandangan indah menghadap tasik, Mamanda The Table Spread, yang terletak di HomeTeamNS Bedok Reservoir adalah cawangan terkini jenama makanan dan minuman (F&B) tempatan, Mamanda.

Membuka tirai sebagai restoran kedua dan ruang acara rasmi di bawah naungan syarikat yang pernah bertapak di Gedung Kuning, lokasi baru itu bukan sekadar menyajikan hidangan, bahkan ia menjemput tetamu untuk menghayati warisan Melayu yang diolah semula dengan estetika moden.

Sebelum ini, Mamanda turut mengendalikan dewan untuk pelbagai majlis di The Dining Room, The Chevrons, 48 Boon Lay Way.

Selain aneka makanan Melayu, turut diketengahkan adalah kerjasama dengan Bayu Botanica untuk menghidangkan minuman campuran buah-buahan dan aneka moktel.

Turut disertakan adalah konsep makanan berbungkus, Bungkus Serumpun, yang sesuai ditempah untuk acara berkelah dan barbeku.

Pengarah Pemasaran Mamanda Solutions, Cik Masmunah Abdullah, berkata pembukaan restoran itu melengkapkan lagi perkhidmatan F&B yang meliputi katering untuk pelbagai majlis, penyediaan tempat untuk pelbagai acara termasuk acara kecil seperti hari jadi, acara korporat dan perkahwinan, hingga ke pembungkusan makanan seperti Bungkusan Serumpun dan makanan yang dihantar ke rumah di bawah, Tingkat Service Pak Dollah.

Salah satu detik penting sempena pelancaran, Mamanda The Table Spread, ialah pengumuman kerjasama rasmi bersama BDMI, sebuah penyedia bertauliah di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU), Mamanda dan BDMI memperkenalkan siri perbincangan ‘high tea’ bertajuk Sembang Rumah Tangga, satu inisiatif untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan di tengah masyarakat moden yang serba pantas.

Program itu mengetengahkan sesi bersama Ustazah Zarina Begam Ab Razak, Pengasas dan Pengarah Urusan BDMI, yang juga perunding dan pendidik rumah tangga dan keluarga.

Menurut Ustazah Zarina, sesi Sembang Rumah Tangga akan mengajak pasangan, sahabat dan individu duduk bersama menikmati sajian ‘high tea’ sambil membincangkan topik seperti memperkukuh hubungan kekeluargaan, mencipta suasana rumah penuh kasih, dan membina hubungan lestari dengan insan tersayang.

“Kami harap pasangan suami isteri dan keluarga dapat berbincang dalam suasana yang selamat tetapi mesra dan santai menerusi sesi Sembang Rumah Tangga,” kata beliau.

Dua sesi dijadual:

11 Oktober 2025 di The Dining Room, The Chevrons dan 8 November 2025 di The Table Spread, HomeTeamNS Bedok Reservoir, dari 2 petang hingga 5 petang.

Bayaran $50 seorang dikenakan bagi setiap sesi.

Maklumat lanjut mengenai sesi sembang itu boleh didapati di laman web, BDMI.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg