Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wanita
40
0

Wanita makan lepas 6 petang perlu hati-hati risiko penyakit jantung: kajian

Feb 24, 2020 | 09:30 AM



WANITA berisiko menghidap penyakit jantung jika mereka makan selepas 6 petang, menurut satu kajian di Amerika Syarikat.



Menurut kajian oleh Universiti Columbia, wanita yang makan lebih banyak selepas waktu ini cenderung mempunyai tekanan darah dan berat badan lebih tinggi, serta kurang mampu mengawal kadar gula darah mereka.



Ini merupakan faktor risiko bagi penyakit jantung.



Bagi setiap 1 peratus kenaikan pengambilan kalori selepas 6 petang, peserta lebih cenderung mempunyai tekanan darah tinggi, indeks jisim tubuh (BMI) dan kawalan glisemik yang lebih lemah.



Dapatan itu dibentangkan pada November tahun lepas di Sesi Saintifik Persatuan Jantung Amerika, lapor The Straits Times.



Kajian itu melibatkan 112 wanita dengan usia purata 33 tahun.



Mereka mencatatkan apa yang mereka makan, berapa banyak mereka makan dan bila mereka makan selama satu minggu pada permulaan kajian, dan sekali lagi satu tahun kemudian.



Penyelidik juga menilai faktor risiko mereka untuk penyakit jantung - tabiat merokok, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, obesiti, tidak aktif bersenaman dan pemakanan kurang baik, di awal tinjauan dan setahun kemudian.



Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil lebih banyak kalori selepas 6 petang dan selepas 8 malam mempunyai kesihatan jantung yang lebih buruk.



Wanita Hispanik membentuk 44 peratus daripada peserta, dan penyelidik mendapati kaitan yang lebih rapat antara pengambilan kalori pada sebelah malam dan tekanan darah tinggi dalam kalangan mereka, berbanding wanita bukan Hispanik.



Pakar jantung dan pemakanan yang diwawancara The Straits Times menarik perhatian bilangan kecil peserta yang dikaji dan perbezaan etnik antara mereka dan mereka yang tinggal di Singapura.



Bagaimanapun, penyakit kardiovaskular atau berkenaan jantung tetap menjadi pembunuh utama wanita di Singapura.



Konsultan kardiologi di Hospital Besar Ng Teng Fong, berkata: "Kebanyakan orang berfikir bahawa masalah jantung kebanyakannya menjejas lelaki. "Sebenarnya, penyakit jantung, terutamanya penyakit arteri koronari,  ialah punca kematian nombor satu wanita di Singapura.



"Penyakit kardiovaskular membunuh lebih ramai wanita daripada semua bentuk kanser yang digabungkan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >