MEREKA dilamar label rakaman berbeza tetapi sering digandingkan kerana popular, ramah melayan peminat dan bermula sebagai penyanyi aplikasi karaoke Smule.

Apabila digandingkan, bakat muda, Wany Hasrita, 25 tahun, dan Khai Bahar, 23 tahun, menampakkan keserasian sehingga memenangi Anugerah FB Live Hot 2017, baru-baru ini.