Waris Tompel bantah siaran biopik Saloma
Premium
Waris Tompel bantah siaran biopik Saloma
Karakter Tompel digambarkan terlalu negatif dan tidak adil bagi Allahyarham
Oct 11, 2014 | 5:30 AM
Waris Tompel bantah siaran biopik Saloma
KELUARGA pelakon Allahyarham AR Tompel membantah penyiaran rancangan biopik Saloma yang didakwa memperlihatkan sisi negatif pelakon popular semasa zaman kegemilangan filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu.
Menurut salah seorang anak Allahyarham AR Tompel, Adlin Aman Ramlie, 41 tahun, setakat ini mereka telah menuntut pihak Astro, selaku penyiar, supaya menarik balik tayangan rancangan berkenaan di Astro First yang memulakan tayangan pada 28 Ogos lalu.

