Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wartawan The New Paper tulis novel tentang ancaman pengganasan di S'pura

Aug 16, 2018 | 5:30 AM
SAMPAIKAN KEPRIHATINAN: Encik Yeo tergerak menulis cereka tentang serangan pengganas di Singapura kerana ingin menambah kesedaran awam tentang ancaman pengganasan. - Foto BH oleh SYAMIL SAPARI
SAMPAIKAN KEPRIHATINAN: Encik Yeo tergerak menulis cereka tentang serangan pengganas di Singapura kerana ingin menambah kesedaran awam tentang ancaman pengganasan. - Foto BH oleh SYAMIL SAPARI -

WARTAWAN Encik Andre Yeo percaya bahawa Singapura akan diserang pengganas pada masa hadapan.

"Saya percaya bahawa kita boleh diserang satu hari nanti," jelas Encik Yeo, 46 tahun editor berita The New Paper.

"Pemerintah telah bercakap tentang perkara ini sejak beberapa tahun lalu. Ia mempunyai SGSecure, ia mempersiapkan kita bagi hari kita diserang, bukan jika, tetapi bila ia berlaku," tambahnya, dalam wawancara dengan akhbar The Straits Times baru-baru ini.

SGSecure ialah gerakan nasional untuk mempersedia masyarakat bagi serangan pengganas di Singapura.

Namun Encik Yeo percaya bahawa mesej ini tidak begitu diserap warga Singapura yang terlalu bersikap sambil lewa dan menganggap Singapura sebagai tempat yang selamat.

"Ada ramai yang berkata perkara ini tidak akan berlaku. Kita telah menjadi terlalu lewa... telah dimanjakan selama 53 tahun lalu," jelasnya.

Justeru, Encik Yeo berharap novel sulung yang diterbitkannya baru-baru ini, berjudul 9th of August boleh mengubah tanggapan awam ini.

Novel ini menggambarkan senario enam pengebom nekad yang menyelinap masuk ke Singapura untuk melancarkan serangan di serata pulau sempena Hari Kebangsaan 2020.

Menurut Encik Yeo, jawatannya di bilik akhbar telah mendedahkannya kepada berbilang tindakan pengganasan di serata dunia, termasuk serangan di Paris pada 2015 yang meragut 150 nyawa, kepada pendedahan bahawa ada segelintir warga Singapura yang menjadi radikal secara sendiri di sini.

Insiden seperti ini menunjukkan betapa mudah sesebuah serangan boleh menyebabkan tragedi, jelasnya lagi.

"Mereka boleh melakukannya dengan kenderaan... pisau.... barangan harian boleh digunakan untuk membunuh ramai orang. Saya dapati perkara ini begitu menakutkan," kata Encik Yeo lagi.

Novel tulisannya itu, yang dicalonkandalam senarai pendek bagi Hadiah Buku Cereka Epigram, adalah buku kedua yang dihasilkannya.

Beliau turut menerbitkan koleksi cerpen berjudul Home: 50 50-word Stories to Celebrate Singapore's 50th Birthday, pada 2015.

Menurut Encik Yeo, beliau mula menulis 9th of August pada 2016, pada larut malam, selepas selesai kerja dan anak-anaknya - beliau mempunyai empat anak berusia antara lima dengan 15 tahun - telah lena tidur.

Isterinya bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Tinggi Maris Stella.

Beliau tidak mendapatkan sebarang sokongan dari badan pemerintah untuk menghasilkan novel ini, walau mesej yang disampaikannya selaras dengan mesej yang ingin diutarakan pemerintah, kata Encik Yeo.

Menurutnya, beliau prihatin kesan yang diharapkan daripada novelnya akan berkurangan jika beliau berbuat demikian.

"Buku ini ditulis dari sudut pandang warga Singapura biasa," tambahnya lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg