Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Watak remaja autistik buka mata tentang cabaran insan istimewa

Feb 24, 2025 | 3:50 PM
Jacob Laval teruja membawakan watak mencabar sebagai remaja bernama Austin yang mengalami austisme dalam filem, ‘The Unbreakable Boy’.
Jacob Laval teruja membawakan watak mencabar sebagai remaja bernama Austin yang mengalami austisme dalam filem, ‘The Unbreakable Boy’. - Foto INSTAGRAM JACOB LAVAL

Membawa watak sebagai remaja dengan autisme dalam filem, The Unbreakable Boy, membuka mata dan minda pelakon remaja, Jacob Laval.

Kata Laval, 17 tahun, yang berlakon sejak kecil, kepada laman CBR:

“Ini tentunya adalah projek perfileman paling panjang yang pernah saya jayakan. Sebulan setengah dihabiskan dengan menyelami watak remaja autisme bernama Austin.

“Ia juga projek filem ceritera pertama yang memerlukan saya tekun menggali watak yang diberi. Saya amat bertuah dan berbesar hati membawa watak Austin ini.

“Sebabnya, saya dapat tampilkan Austin dalam keadaan begitu teruja sehingga lupakan keadaan sekelilingnya. Saya juga mampu mengetengahkan Austin yang dirundung kemurungan, di tahap paling rendah dalam kehidupan.”

Menurutnya, peranan dalam filem, The Unbreakable Boy, itu jauh lebih mencabar daripada drama komedi khas, John Mulaney, dan drama ringkas, Plot Against America, yang sangat serius.”

The Unbreakable Boy mengisahkan tentang Austin yang mempunyai autisme dan kerapuhan tulang sehingga menjejas rutin sehariannya.

Bapanya, Scott (lakonan Zachary Levi), berusaha menggembirakan Austin di sebalik segala cabaran.

Apakah dalam membawa watak remaja autisme yang kadangkala naik angin, Laval dilanda kecederaan?

“Kebanyakan masa, ada pelakon aksi nekad yang membantu saya membawakan adegan lasak seperti pada buaian yang tidak henti-henti berayun.

“Salah seorang daripada pelakon ini terlanggar buaian itu. Mujurlah beliau hanya cedera ringan,” kata Laval.

Menurut Laval, beliau hanya seronok membawa watak Austin yang berbalut seluruh tubuhnya di hospital kerana satu kemalangan besar.

“Sebabnya, saya tak pernah ada kecederaan sehingga berbalut sebegini teruk. Seronok bawa watak sebegini,” jelasnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg