Topik diikuti
Pergi ke BHkuWira aksi Malaysia cipta nama di Singapura
Foto ihsan AZREL ISMAIL
Wira aksi Malaysia cipta nama di Singapura
NAMA pelakon sasa Azrel Ismail mula bermain di bibir ramai penonton drama di Singapura setelah beliau bergandingan dengan pelakon asal Singapura, Hisyam Hamid, dalam drama 'berhantu' Isteri Vs Tunang.
Karisma yang dimiliki aktor dan model berusia 32 tahun itu turut membawanya dicalonkan dalam kategori Artis Baru MeleTOP pada Anugerah MeleTOP Era 2016, baru-baru ini.
