Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Yanni singkap pengalaman terperangkap dalam tandas

Sep 09, 2020 | 05:30 AM



CEMAS dan mendebarkan.



Namun pada masa yang sama, mencuit hati dan menguji ketangkasan dalam keadaan dirinya takutkan ketinggian.



Begitulah perasaan yang menyelubungi jiwa penyanyi Singapura, Yanni Bakri, apabila beliau terperangkap dalam tandas rumahnya di tingkat tiga sekitar 2 pagi kerana pintu kayu jati yang tertutup rapi dan payah dibuka semula.



Kerana enggan terbiar terlelap dalam tandas itu, beliau mengambil keputusan nekad memaksa dirinya keluar dari jendela tandas untuk berjalan atas tembok tepi alat hawa dingin sebelum masuk semula melalui tingkap bilik.



Walhal beliau ada fobia ketinggian.



Ikuti kisah pelantun lagu Bagaimana Lagi dan Dakapanmu yang jadi ibarat adiwira 'Catwoman' pada waktu dinihari, baru-baru ini.



Soalan (S): Bagaimana peristiwa itu berlaku? Tiada anggota keluarga yang boleh membantu?



Yanni (Y): Ibu dan anak saya sedang nyenyak tidur. Suami biasanya akan menonton Netflix atau bermain 'game' di ruang tamu.



Saya pula tak nak terpekik sehingga buat anak yang nyenyak tidur terjaga. Dia ni pantang tersedar, susah nak tidur balik.



Kerana saya dalam keadaan antara sedar dengan tidak sebab terbangun untuk ke tandas, saya masih agak 'blur'...ini mimpi atau realiti? Saya cuci muka dan menyedari inilah kenyataan...saya terkunci dalam tandas!



S: Apa yang membuatkan anda bebaskan diri dan keluar dari jendela walau ia aksi nekad?



Y: Dalam saya termenung, saya teringat jiran saya pernah menghadapi masalah sama. Beliau terperangkap dalam tandas.



Beliau menjaga dua anak kecil dengan salah seorangnya mengetuk pintu saya dan minta tolong.



Saya sempat matikan air yang sedang mendidih di rumahnya. Saya bawa perkakas nak buka pintu itu, payah sekali.



Dalam situasi saya yang terdesak pula, saya dapat ilham lepaskan diri menerusi jendela sebab teringatkan kucing saya pernah lari daripada tingkap tandas itu.



S: Apa pengajaran daripada peristiwa ini?



Y: Bawalah telefon bimbit termasuk dalam tandas rumah seandainya ada kecemasan. Namun, pesan saya kepada mereka yang tinggal di tingkat lebih tinggi, jangan bahayakan diri. Minta tolonglah anggota keluarga di luar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >