Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

GEGAR VAGANZA

Yantzen dirawat medik selepas mengadu pening

Oct 27, 2020 | 05:30 AM



Banyak kejutan yang berlaku pada malam Konsert Ketiga Gegar Vaganza 7 kelmarin. Berbekalkan tema putaran ‘360 Darjah’, ramai dipanah rasa terkejut apabila Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris dan Puteri Balada, Linda Nanuwil, bertukar menjadi ‘roker’. Sementara itu, ‘roker’ legenda Singapura, Yantzen, pula menghilang kerana sakit dan tidak dapat menghiburkan peminatnya. BERITA HARIAN melaporkan




WARGANET Man Django yang merupakan peminat setia roker legenda Singapura, Yantzen Juniwan, begitu prihatin dan bertanyakan khabar vokalis Rusty Blade itu di Instagram kelmarin.



"Saya sedang setia menunggu. Alahai, melepas nak tonton Abang Yantzen yang 'menghilang' malam ini.



"Saya cuma sokong Abang Yantzen sahaja musim ini. Bang, lagu baru Rusty Blade sudah proses ke belum?"



Warga Johor, Cikpon Skrillex, pula bertanya: "Abang Yan, are you ok? Semoga cepat sembuh, bang. Jaga makan minum. Agak kecewa saya Abang Yan tak nyanyi malam ini. Apa pun, kesihatan sangat penting. Selamat maju jaya buat minggu depan."



Ini hanyalah dua daripada banyak pesanan peminat yang menghujani laman Instagram Yantzen, 61 tahun, yang tidak dapat muncul di pentas Gegar Vaganza 7 kelmarin kerana sakit di saat-saat akhir persembahan.



Beliau dijadualkan menyanyikan lagu rancak kumpulan Bunkface, Malam Ini Kita Punya, dalam konsert dengan tema 360: Cuba Try Test.



Tema ini memerlukan peserta menyanyikan lagu di luar zon selesa mereka.



Mujurlah, tiada penyingkiran dibuat bagi konsert minggu ketiga ini. Lantaran itu, Yantzen diberi peluang tampil Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersama peserta lain.



Menjelaskan lebih lanjut tentang keadaan Yantzen dalam kenyataannya pada media, Pengurus Saluran Astro Ria, Cik Emarina Kamal, berkata Yantzen dinasihatkan berehat oleh pihak penerbitan selepas mengadu tidak sihat.



"Di pertengahan konsert, beliau tiba-tiba mengadu pening kepala dan letih. Pasukan medik dengan segera membawanya keluar dari dewan PICC.



"Disebabkan faktor usia iaitu Yantzen yang sudah melepasi 60 tahun, kami mengambil keputusan untuk beliau tidak meneruskan persembahan pada konsert ketiga ini.



"Kami harap peminat-peminat GV7 dapat doakan agar Yantzen cepat sembuh dan dapat beraksi pada minggu hadapan," jelas Cik Emarina.



Menurutnya lagi, dari awal, pihak penerbitan sudah merancang tiada penyingkiran pada minggu ini.



Kebiasaannya, pada minggu tugasan '360' yang mencabar peserta agar menyanyikan lagu-lagu di luar zon selesa mereka, tiada penyingkiran dibuat.



"Secara kebetulan, Yantzen pula tidak sihat. Jadi, tiada sebarang isu di sini," ujarnya.



Menjelaskan lebih lanjut tentang keputusan menetapkan tiada penyingkiran, Ketua Juri, Datuk Ramli MS, pula berkata tidak adil jika ada dalam kalangan peserta lain tersingkir dalam situasi satu peserta tidak dapat membuat persembahan.



"Yantzen sakit... jadi benda tu tak boleh nak elakkan. Dia dalam pertandingan, jadi penyingkiran tak patut ada pada hari ini. Kita kena bawa semuanya pada konsert minggu hadapan," tambah Ramli.



Konsert minggu ini menyaksikan kumpulan Indigo berada di kedudukan terbawah dengan markah 50.6 peratus.



Penyanyi Ayu Damit yang memiliki vokal bertenaga tidak menghampakan apabila mendendangkan lagu ska Gerhana Ska Cinta, Senyuman Ragamu.



Beliau di tangga teratas dengan meraih markah 80.6 peratus.



Di tempat kedua adalah Noraniza Idris yang bagaikan bertukar kulit menjadi roker menerusi lagu kumpulan Candy, Akan Ku Tunggu.



Markah yang diraih adalah 73.4 peratus.



Tempat ketiga jatuh kepada peserta kegemaran ramai, Linda Nanuwil dengan markah 70.8 peratus.



Beliau yang biasanya kelihatan lemah lembut juga menukar imej tatkala menyanyikan lagu metal kumpulan Amuk, Akar dan Bumi.




KEDUDUKAN PESERTA



Tiga peserta terhebat



1. Ayu Damit (80.6 peratus)



2. Noraniza Idris (73.4 perarus)



3. Linda Nanuwil (70.8 peratus)



Tiga peserta dengan markah paling rendah



1. Ashira (56.2 peratus)



2. Cliff Umar (56.2 peratus)



3. Indigo (50.6 peratus)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >