Premium
YouTuber Danial mahu terus berusaha buat perbezaan
Kegagalan dalam mengejar impian dalam bidang seni dengan hambatan demi hambatan datang mengganggu menjadi perkara biasa dalam kehidupan dua bakat seni Singapura ini. Namun, 2021 membawa bersama semangat baru buat mereka yang tidak menyerah kalah bahkan ingin memperkasa diri dalam bidang seni suara. BERITA HARIAN melaporkan
Jan 4, 2021 | 5:30 AM
DANIAL BAHARIN: Kembali memperkasa vokal di medan pertandingan Suara 2.0 setelah 12 tahun merajuk dek komen kurang membina yang mencalar semangatnya. - Foto FORTRESS EVENTS -
SELAMA 12 tahun lamanya bakat setempat Danial Baharin menggantung mikrofon dan tidak menyertai sebarang peraduan adu bakat kerana terguris dengan komen pengadil.
Ada yang katakan "suaranya masih mentah dan tidak sedap didengar".

