Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yuna terbit album ke-5 di AS

Aug 25, 2022 | 5:22 PM
- Foto INSTAGRAM YUNA
- Foto INSTAGRAM YUNA -

KUALA LUMPUR: Pandemik Covid-19 yang melanda dunia mengubah pemikiran Yuna, penyanyi Malaysia yang mencipta nama di Amerika Syarikat. Selepas sedekad membina tapak kukuh di Los Angeles, Yuna atau nama sebenar, Yunalis Mat Zara'ai, kini memilih bergerak sendiri tanpa bernaung di bawah syarikat rakaman atau label. Yuna yang mula mencipta lagu sejak berusia 14 tahun, mengaku selesa membuat keputusan sendiri, malah semakin seronok merancang haluan baru dalam karier. "Lebih mudah untuk saya buat keputusan. Sekarang saya ada masa untuk berehat dengan keluarga. Jadi, tidaklah saya terlalu kuat bekerja. "Selepas pandemik Covid-19, kita tukar sedikit cara melihat kehidupan serta bagaimana menjaga kesihatan dan sebagainya," katanya kepada BH Online. Laporan penuh di Berita Harian esok (26 Ogos).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg