Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Zaiton Sameon: Saya tak gila

Nov 18, 2022 | 05:30 AM



PENYANYI Zaiton Sameon kesal kerana ramai yang masih menganggapnya kurang siuman atau hilang akal sejak beliau cedera teruk akibat kemalangan jalan raya lebih 30 tahun lalu.



"Saya balik kampung semua orang cakap saya gila. Saya gila ke? Saya tak gila. Saya cakap kalau saya gila, saya dah bunuh orang. Saya masih ingat lirik dan boleh memandu," luahan beliau ketika ditemui media pada majlis penyerahan Kad Orang Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.



Zaiton, 66 tahun, jelas kecewa dan sedih dengan tanggapan negatif masyarakat terhadapnya.



Beliau juga sedih apabila ada artis seangkatannya 'tikam belakang' apabila menjaja cerita kepada penganjur mengatakan beliau tidak boleh menyanyi.



"Siapa yang tak sedih bila dikata begitu. Katanya saya 'lalok'. Insya- Allah saya masih boleh ingat lirik. Malah mengaji pun saya masih ingat tajwid."



Pegawai Pembangunan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan, Cik Norfarhani Zakaria yang turut berada di situ memujuk Zaiton apabila menjelaskan beliau bukan gila tetapi mengalami kesan fizikal.



"Saya melihat borang, doktor menjelaskan Zaiton Sameon dikategorikan sebagai OKU Fizikal: Traumatic Brain Injuries (Trauma Kecederaan Otak).



"Zaiton bukan mengalami masalah mental. Cuma kadar ingatannya tak sama macam orang lain. Kalau kenangan lama yang dia buat, dia takkan lupa," katanya.



Penyerahan Kad OKU yang berlangsung di ibu pejabat JKM Wilayah Persekutuan, di sebuah hotel di ibu negara dibuat oleh Pengarahnya, Che Samsuzuki Che Noh.



Ia membolehkan Zaiton layak memohon untuk menduduki rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur.



Penyanyi lagu Menaruh Harapan kini tinggal bersama anak angkatnya Che Sikah Ismail atau Ikah dengan menyewa rumah di Bukit Indah, Ampang, dengan kadar sewa RM800 ($240) sebulan .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >