KATA-KATA perangsang orang Singapura menyentuh perasaan pelakon Zarina Zainuddin yang mempunyai dua anak autistik.

Bukan sahaja mereka memberi maklum balas positif tentang pulut kuningnya yang laris tetapi mereka juga murah dengan kasih sayang, bertanya khabar tentang anaknya dan memintanya tidak lelah menjaga anak berkeperluan khas itu.