Premium
ZERO sanjung HERO Tamil
Artis grafiti Melayu antara seniman setempat yang tambah seri Little India dalam program jejak seni
Jan 14, 2017 | 5:30 AM
AKSI bersahaja wira filem Tamil, Rajinikanth, menarik perhatian pelukis grafiti, Encik Mohammed Zulkarnaen Othman (Zero), sejak kecil lagi.
Terdedah dengan perjalanan kerjaya bintang tersebut, artis berusia 38 tahun itu memilih wira ini sebagai wajah ikonik yang dilukis pada tembok bangunan sekitar daerah Little India di Serangoon.

