Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ziana Zain sah bercerai

Jul 12, 2018 | 6:25 PM
SAH BERCERAI: Ziana Zain sah bercerai dengan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
SAH BERCERAI: Ziana Zain sah bercerai dengan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

SHAH ALAM: Kemelut rumahtangga penyanyi terkenal, Ziana Zain, akhirnya menemui titik noktah hari ini (12 Julai) apabila beliau sah bercerai dengan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Lafaz talak tersebut dilafazkan Armin Zaharin sekitar 2.48 petang di hadapan Hakim Syarie Mohd Nizar Mohtar, lapor Utusan Online.

Ziana Zain, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, hadir memakai jubah hitam dengan diwakili peguam Syarie Yusfa Hanis Yussoff.

Armin Zaharin pula hadir dengan memakai baju kemeja putih dan berseluar hitam.

Adik Ziana yang juga penyanyi terkenal, Anuar Zain, turut hadir di mahkamah.

Difahamkan, tuntutan perceraian yang dibuat Ziana itu berkaitan penderaan mental yang dialaminya, nafkah serta kes dera anak mereka.

Armin Zaharin dan Ziana yang mendirikan rumahtangga pada 9 Mei 1998 mempunyai empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18 tahun; Muhammad Ammar, 14 tahun; serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg