Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Zizan belum mahu bersara, lebih prihatin pilih karya

Aug 29, 2023 | 02:29 PM



Bakat serba boleh, Zizan Razak, belum mahu mengucapkan selamat tinggal kepada bidang seni, sebaliknya, terus mengatur strategi memperkukuhkan nama, seiring kematangan dan pengalaman yang diraih.

Zizan, yang mula mencipta nama sebagai pelawak, masih mencintai semua cabang seni yang diteroka, namun, pada peringkat ini, beliau semakin matang membuat pilihan produk baik dari segi lakonan, nyanyian dan pengacaraan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


“Saya masih aktif dalam industri hiburan. Buat masa ini, saya gembiralah terutama dalam bidang lakonan kerana itu kerjaya yang disukai sejak kecil. Meskipun ketika itu, tidak terfikir bergelar artis, namun, Allah sudah tulis jalan hidup saya. Apabila dapat peluang, saya tidak mahu mensia-siakannya.

“Kesimpulannya, saya belum puas lagi sehingga tahap saya hendak berhenti. Saya masih mahu terus menjadi anak seni yang mengharumkan nama Malaysia pada peringkat antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Konsert ST12 dan Nidji Live In Sabah anjuran syarikat miliknya, ZR Project serta MW Pertama, baru-baru ini.


Konsert yang bakal berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Sabah (SICC) pada 21 Oktober itu julung-julung kalinya menggabungkan dua kumpulan terkenal Indonesia di pentas.

Yang turut hadir pada sidang media itu adalah Pengarah Urusan MW Pertama, Nabiha Aimi.

Zizan mengaku bersikap memilih, terutama dalam bidang lakonan dan nyanyian.

“Saya teliti dalam soal pemilihan watak, skrip atau lagu. Saya tidak mahu buat sesuatu perkara sama.

“Perkara ini juga untuk kebaikan diri. Saya cari projek yang lebih menunjukkan lakonan saya semakin ‘stail’ dan bagus. Kematangan membuatkan saya berhati-hati ketika bekerja. Mungkin dahulu saya ambil sahaja tawaran berlakon yang ada.

“Namun, apabila sudah keluar di pawagam, adakalanya, saya bertanya sendiri, sebenarnya, saya boleh buat lebih daripada apa yang dihasilkan. Selain itu, setiap orang yang datang membeli tiket adalah peminat. Semestinya, saya hendak mereka keluar pawagam dengan rasa puas, bukannya perasaan tidak puas hati dengan hasil kerja ditunjukkan.

“Begitu juga dengan kerjaya nyanyian. Masalah sama saya hadapi untuk pilih lagu kerana karya sekarang semakin hebat dan bagus,” katanya.

Zizan sedang meneliti beberapa lagu baru, namun, belum ada karya yang menepati kehendaknya, seperti single yang pernah dihasilkan.

“Walaupun orang lihat saya sebagai pelawak, namun, dalam soal kerja, ia bukanlah suatu perkara yang main-main,” katanya yang pernah tampil dengan single Bawaku Pergi dan Infiniti Cinta bersama Kaka Azraf.


Ditanya mengenai keputusan yang diambil Hairul Azreen yang berundur daripada dunia seni, Zizan, yang cukup sinonim dengan filem Abang Long Fadil, Polis Evo dan KL Zombi, berkata temannya itu mengambil langkah yang dilihatnya positif.


Zizan yakin Hairul membuat keputusan itu selepas memikirkannya ‘masak-masak’, terutama atas faktor mahu melihat anak-anak membesar.

“Hairul fikir mana yang terbaik. Saya tidak salahkan Hairul sebab beliau lebih tahu apa yang terbaik. Mungkin Hairul berfikir sudah tiba masanya beliau tumpukan masa untuk isteri dan anak-anak. Kerjaya sebagai pelakon ini terlalu sibuk tanpa kira waktu.

“Malah, Hairul sudah beberapa kali cedera ketika menyiapkan filem. Saya fikir mungkin ini juga faktor beliau mahu berehat,” katanya yang pernah berganding dengan Hairul dalam filem Wira.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >