Premium
Zizan nak jadi bintang filem, bukan pelakon TV
Aug 30, 2017 | 5:30 AM

'BUSU' JADI 'ABANG LONG': Zizan (tengah) dalam satu adegan filem 'Abang Long Fadil 2'. Beliau tidak kisah digelar 'Abang Long' gara-gara filem itu, walaupun beliau sebenarnya anak bongsu daripada dua adik-beradik. Bersamanya ialah Taniah Hudson sebagai Yana dan Achey Bocey sebagai jurugambar (Tiger) - Foto SKOP PRODUCTION -
NAMA 'Abang Long Fadil' nampaknya semakin sebati dengan pelawak Zizan Razak hingga ramai peminat kini memanggilnya dengan nama itu, lebih-lebih lagi sejak filem sekuel tersebut ditayangkan di pawagam.
Walhal, kata Zizan, dalam kehidupan nyata, beliau bukan 'abang long', sebaliknya 'busu', iaitu anak bongsu daripada dua adik-beradik.

