Topik diikuti
Pergi ke BHkuZulin Aziz jadi mangsa foto lucah

ZULIN: Tidak sangka ada orang berasa dengki dengannya hingga membuat fitnah menerusi gambar lucah. - Foto ihsan ZULIN AZIZ
Oct 11, 2017 | 5:30 AM
Zulin Aziz jadi mangsa foto lucah
PELAKON yang kini penyampai radio seberang Suria FM, Zulin Aziz, menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab apabila beberapa keping gambarnya disunting menjadi foto lucah.
Zulin, yang nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 28 tahun, berkata beliau terkejut apabila mendapat tahu perkara tersebut, dan menambah bahawa beliau tidak tahu tujuan sebenar individu itu, yang beliau sifatkan tidak waras.