Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Banyak program perkasa ibu bapa, belia diperkenalkan di Chua Chu Kang di bawah M3

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Banyak program perkasa ibu bapa, belia diperkenalkan di Chua Chu Kang di bawah M3

Jul 04, 2020 | 08:27 PM



BANYAK program yang memperkasakan ibu bapa dan belia masyarakat Melayu/Islam telah dilakar dan dijalankan sepanjang satu tahun M3 dilancarkan di Chua Chu Kang.


Program itu termasuk Kelas MateMatika, Sikit-Sikit Lama-lama Jadi Bukit, Nakhoda Bahtera dan Project Soar, di mana  lebih 5,000 penduduk Melayu/Islam di sekitar Chua Chu Kang, Keat Hong dan Bukit Gombak berjaya didampingi, kata calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, dalam Siaran Politik Kawasan Undi (CPB) sebentar tadi.


"Namun semua ini tidak boleh kami kecapi tanpa kerjasama titik peluh, semua pihak masjid, akar umbi dan karyawan sukarelawan. Justeru kami berharap anda akan terus memberikan kepercayaan kepada kami untuk terus berbakti kepada anda bagi lima tahun yang akan datang.


"Supaya program yang kita bina dapat diteruskan dan program yang baru dapat dilancarkan untuk manfaat masyarakat kita semua, tidak kira bangsa dan agama. Saranan, idea, dorongan anda amat diperlukan bagi kita untuk berjaya bersama," katanya.



Calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) bagi GRC Chua Chu Kang, Encik Abdul Rahman Mohamad, dalam siaran itu pula berkata suara alternatif di Parlimen amat penting dan tiada suatu parti yang serba berkebolehan.


"Parlimen yang dikuasai oleh satu parti lama-lama jadi bongkak, cuai dan berkelompok. Kita perlukan pemimpin yang berkeprihatinan, yang sanggup membentang segala isu secara terbuka dan bukan menuduh rakyat sebagai penghasut ataupun cuba meretakkan perhubungan kaum. Segala pebincangan bukan lagi di sebalik pintu  tertutup," katanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >