GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Calon PAP di GRC Jurong mahu terus melakukan yang terbaik untuk penduduk

Jul 5, 2020 | 8:49 PM
Calon PAP di GRC Jurong, Menteri Kanan Encik Tharman Shanmugaratnam (kiri) berkata pasukannya mahu: "membantu warga Singapura yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan lain, dan memastikan majikan tidak mencari helah mudah untuk menolak warga Singapura matang atau pertengahan usia."
Calon PAP di GRC Jurong, Menteri Kanan Encik Tharman Shanmugaratnam (kiri) berkata pasukannya mahu: "membantu warga Singapura yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan lain, dan memastikan majikan tidak mencari helah mudah untuk menolak warga Singapura matang atau pertengahan usia." - Mediacorp

PASUKAN Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Jurong mahu melakukan lebih banyak dalam tahun-tahun akan datang, di peringkat nasional dan dalam kawasan kejiranan, untuk membantu mereka yang terjejas oleh krisis Covid-19. Menyatakan demikian dalam Siaran Politik bagi Kawasan Undi (CPB) sebentar tadi, Menteri Kanan Encik Tharman Shanmugaratnam berkata perkara yang mahu dilakukan adalah: "membantu warga Singapura yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan lain, dan memastikan majikan tidak mencari helah mudah untuk menolak warga Singapura matang atau pertengahan usia." Beliau disertai anggota pasukannya yang lain dalam siaran itu, iaitu Anggota Parlimen (AP) Cik Rahayu Mahzam, Setiausaha Parlimen Kanan (Perdagangan dan Perusahaan, dan Ehwal Luar) Dr Tan Wu Meng dan dua calon baru Encik Shawn Huang dan Encik Xie Yao Quan. Cik Rahayu dalam CPB-nya pula berkata di Jurong, pasukannya komited untuk terus membantu mereka yang ditimpa kesusahan, selain ingin terus melihat masyarakat Melayu/Islam terus maju. "Ada pelbagai program dan usaha yang telah dijalankan termasuk program-program M3@Jurong seperti Kelas Matematika (KMM), untuk membantu ibu bapa mengajar anak-anak mereka, dan Projek Soar, yang merupakan program mentoring untuk belia. "Kami mahu terus membina di atas usaha ini, lebih-lebih lagi dalam masa yang mencabar seperti sekarang. Kami sedia untuk terus berkhidmat kepada penduduk Jurong dan melalui segala cabaran bersama," katanya. Pasukan PAP di GRC itu menghadapi persaingan daripada parti Titik Merah Bersatu, parti politik terbaru di sini. Salah seorang calon parti itu, Cik Liyana Dhamirah, berkata partinya tidak setuju bahawa kebajikan harus dikaitkan dengan pekerjaan, terutama dalam kemerosotan ekonomi ekoran krisis Covid-19. "Tumpuan kami adalah untuk mewujudkan kerjaya, bukan hanya peluang pekerjaan. Kerjaya yang dapat memberi anda kehidupan yang selesa bersama keluarga anda," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg