Dakwaan pemerintah tidak dapat nasihat pakar tangani Covid-19 adalah tidak benar
Premium
Dakwaan pemerintah tidak dapat nasihat pakar tangani Covid-19 adalah tidak benar
Jul 6, 2020 | 5:30 AM
PERTAHANKAN KEWIBAWAAN: Encik Lawrence Wong membidas dakwaan pengerusi SDP Paul Tambyah bahawa pasukan bertindak berbilang kementerian bagi menangani penularan Covid-19 tidak mendapatkan nasihat pakar perubatan dalam menjalankan tugasnya semasa satu sidang akhbar di pejabat PAP Woodgrove di Woodlands Avenue 5 semalam. - Foto BH oleh KELVIN CHNG -
MENTERI Pembangunan Negara Lawrence Wong menyangkal dakwaan pengerusi Parti Demokratik Singapura (SDP) Paul Tambyah bahawa pasukan bertindak berbilang kementerian bagi menangani penularan Covid-19 tidak mendapatkan nasihat pakar perubatan dalam menjalankan tugasnya.
Encik Wong yang mempengerusikan pasukan bertindak itu bersama Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata dakwaan Dr Tambyah, yang bertanding di SMC Bukit Panjang, tidak berasas dan tidak benar.

