GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ESM Goh berkata beliau dan mantan ketua WP Low punyai banyak persamaan

Jun 28, 2020 | 12:49 PM
55b63300-f441-4fac-a1df-c2480ec05304
-

Menteri Kanan Emeritus Encik Goh Chok Tong berkata beliau dan mantan ketua Parti Pekerja (WP) Encik Low Thia Kiang mempunyai persamaan, termasuk kepercayaan pada peralihan kepimpinan. Menerusi pos di Facebook, beliau berkata: "Pertama, kita percaya terhadap peralihan kepimpinan. Kedua, kita tahu bila nak bersara. Ketiga, kita mempunyai sasaran yang sesuai- saya inginkan Singapura yang 'lebih baik dan lembut' dan beliau membangkang dengan cara 'sederhana dan konstruktif'." ESM Goh berkongsi bahawa beliau dan Encik Low telah berbincang dalam Parlimen baru-baru ini tentang kemungkinan bersara sebagai Anggota Parlimen (AP) dalam pilihan raya tahun ini. Walaupun masih belum membuat keputusan muktamad pada masa itu, mereka tetap berjabat tangan sesama mereka. "Saya ucapkan semoga berjaya dan sentiasa sihat kepada Thia Khiang. Saya gembira lihat beliau sihat sekarang. Kami berdua masih ingin menyumbang kepada Singapura di luar Parlimen," kata Encik Goh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg