Premium
ESM Goh Chok Tong bersara daripada politik
Mantan PM akan terus berbakti dalam cara lain, PM Lee berkata SG raih manfaat kepimpinan tenang dan stabil Encik Goh semasa krisis
Jun 26, 2020 | 5:30 AM
SERAH SURAT PERSARAAN: Encik Goh Chok Tong (kiri) menerbitkan gambar ini di laman Facebook MParader semalam, dan berkata beliau menemui Perdana Menteri Lee kelmarin untuk menyerahkan surat persaraan sebagai Anggota Parlimen GRC Marine Parade. - Foto FACEBOOK/MPARADER -
MENTERI Kanan Emeritus Goh Chok Tong, 79 tahun, akan bersara daripada politik selepas 44 tahun menjadi Anggota Parlimen (AP).
Encik Goh mengumumkan keputusannya itu dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong kelmarin, dan Encik Lee telah menerima keputusan beliau.

