GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GE2020: Lee Hsien Yang sertai Parti Kemajuan Singapura, enggan dedah sama ada akan bersaing dalam pilihan raya

Jun 24, 2020 | 2:39 PM
Encik Lee Hsien Yang (kiri) menerima kad keahlian Parti Kemajuan Singapura (PSP) daripada ketua PSP Tan Cheng Bock di Pasar Tiong Bahru pada Rabu.
Encik Lee Hsien Yang (kiri) menerima kad keahlian Parti Kemajuan Singapura (PSP) daripada ketua PSP Tan Cheng Bock di Pasar Tiong Bahru pada Rabu. - GAVIN FOO

ENCIK Lee Hsien Yang, adik kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, telah menyertai Parti Kemajuan Singapura (PSP) Dr Tan Cheng Bock, umum parti itu pada Rabu (24 Jun). Di pertemuan sarapan pagi di Pasar Tiong Bahru, Dr Tan memberikan kad keahlian kepada Encik Lee Hsien Yang. Dr Tan berkata Encik Lee telah menjadi anggota "buat beberapa waktu", tetapi disebabkan keadaan Covid-19, mereka tidak dapat mengadakan upacara penyerahan kad keahlian yang betul. Akhbar The Straits Times awal daripada itu melaporkan bahawa Encik Lee telah menyertai parti tersebut tetapi sumber berkata beliau tidak mungkin dikemukakan sebagai calon pilihan raya. Encik Lee dilaporkan menyertai parti itu dua bulan lalu, beberapa hari sebelum pemutus rantaian jangkitan. Apabila ditanya apakah beliau akan bersaing dalam pilihan raya, Encik Lee menjawab: "Apabila saya bersedia mendedahkannya, anda akan tahu." Kemudian, apabila ditanya bagaimana beliau akan menyokong parti itu, beliau berkata: "Banyak cara... Saya rasa tidak sukar untuk meneka cara apa yang ada dan jika anda mempunyai cara baru untuk melakukannya, cadangkan kepada saya." Ketika ditanya apakah beliau akan menyumbang kepada parti itu secara kewangan, atau dengan tampil dalam video kempennya, Encik Lee berkata ia "agak mungkin".

Pasar tempat Dr Tan dan Encik Lee bertemu terletak di GRC Tanjong Pagar, bekas kubu kuat mendiang bapanya, perdana menteri pengasas Singapura Lee Kuan Yew. Ia juga merupakan salah satu daripada sembilan kawasan yang akan ditandingi PSP dalam pilihan raya ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg