GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GE2020 : PM Lee dedah manifesto PAP, fokus utama bekerjasama bagi atasi krisis Covid-19

Jun 27, 2020 | 11:50 AM
Perdana Menteri Lee Hsien Loong melancarkan manifesto kempen parti dan slogan 'Kehidupan Kita, Pekerjaan Kita, Masa Depan Kita', pada 27 Jun.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong melancarkan manifesto kempen parti dan slogan 'Kehidupan Kita, Pekerjaan Kita, Masa Depan Kita', pada 27 Jun. - Parti Tindakan Rakyat

Memastikan bendera Singapura terus berkibar dan mengharungi krisis paling teruk yang pernah dihadapi dunia sejak berdekad, adalah keutamaan paling mendesak dan mencabar bagi pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP), kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Melancarkan manifesto parti itu menerusi dalam talian di Facebook dan YouTube, pagi tadi (27 Jun) dan slogan 'Kehidupan Kita, Pekerjaan Kita, Masa Depan Kita', Encik Lee berkata pilihan raya kali ini adalah luar biasa daripada yang selalunya.

"Kita berada di tengah-tengah krisis paling teruk yang pernah dihadapi dunia sejak berdekad lama.

"Tugas segera untuk memastikan Singapura bergerak lancar tidak lagi menjadi sesuatu yang rutin," tekan beliau.

Menurut Encik Lee, tanpa usaha yang sangat besar, kita tidak dapat menjamin apa yang telah dibina dengan gigih selama berdekad akan terus berdiri dan tidak runtuh dalam krisis Covid-19 ini.

Encik Lee, yang merupakan Setiausaha Agung PAP, menarik perhatian bahawa dalam pilihan raya biasa, manifesto parti itu akan tertumpu kepada rancangan jangka panjang untuk Singapura.

Namun sekarang bukan masa yang normal, justeru, 'tumpuan utama manifesto itu adalah bagaimana kita dapat bekerjasama untuk mengatasi krisis generasi ini', ujar Encik Lee.

"Jarang sekali sebelum ini pemerintah memainkan peranan genting dalam melindungi kehidupan dan mata pencarian. Ini sebabnya kepimpinan adalah penting, siapa yang anda pilih bagi membentuk pemerintah seterusnya dan mutu kepimpinan itu juga, adalah penting," tekan beliau.

Tetapi beliau juga berkata pasukan itu perlu bekerja keras untuk meyakinkan warga Singapura yang mereka wajar menerima sokongan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg