GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GE2020: PM Lee jelaskan mengapa pilihan raya perlu diadakan sekarang

Jun 23, 2020 | 5:33 PM
PM Lee menyampaikan ucapan berkenaan Pilihan Raya Umum 2020 pada 23 Jun 2020. - Foto MCI
PM Lee menyampaikan ucapan berkenaan Pilihan Raya Umum 2020 pada 23 Jun 2020. - Foto MCI -

PILIHAN Raya Umum mesti diadakan sekarang pada saat semuanya kekal stabil, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen dan Facebook hari ini (23 Jun).

Encik Lee berkata pilihan raya akan melakar laluan dan memberi pemerintah baru mandat lima tahun yang baru.

"(Pemerintah baru) boleh beri tumpuan terhadap agenda nasional ini dan keputusan sukar yang perlu ia ambil dan laksanakan," ujar Encik Lee.

Disebabkan pandemik Covid-19, tiada siapa yang tahu bila wabak itu akan berakhir, dan sama ada ia akan berterusan sehingga April tahun depan, iaitu tempoh tamat pemerintah sekarang, tambah beliau.

Oleh yang demikian, beliau telah memutuskan untuk mengadakan pilihan raya sekarang, katanya.

Setelah pilihan raya tersebut, pemerintah baru dapat memberi tumpuan kepada cabaran yang dihadapi Singapura termasuk berkaitan ekonomi, pekerjaan dan pandemik Covid-19 sendiri.

"Pemerintah yang anda pilih mesti melakukan keputusan kritikal.

"Keputusan ini akan menjejas kehidupan anda, dan membentuk Singapura bagi beberapa tahun akan datang, jauh melebihi tempoh lima tahun pemerintah seterusnya," tegas Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg