GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GE2020: PSP umum enam lagi calon, kurangkan senarai kawasan undi yang ingin ditandingi

Jun 25, 2020 | 11:05 AM
Enam lagi calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang diumumkan ialah (mengikut putaran jam dari kiri) Encik Choo Shaun Ming, Dr Tan Meng Wah, Encik Abas Kasmani, Cik Kayla Low, Encik Harish Pillay dan Dr Ang Yong Guan.
Enam lagi calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang diumumkan ialah (mengikut putaran jam dari kiri) Encik Choo Shaun Ming, Dr Tan Meng Wah, Encik Abas Kasmani, Cik Kayla Low, Encik Harish Pillay dan Dr Ang Yong Guan. - PSP

PARTI Kemajuan Singapura (PSP) kini akan bertanding di sembilan kawasan undi dalam pilihan raya akan datang, dengan mengemukakan 24 calon dan bukan 44 yang ia umumkan pada awalnya. Parti tersebut sebelum itu mengurangkan senarai itu ke 29, dengan mengatakan ia akan melepaskan beberapa kerusi setelah perbincangan dengan parti pembangkang lain bagi mengelakkan persaingan tiga penjuru. Pada Selasa (23 Jun), ketua parti Tan Cheng Bock, 80 tahun, mengumumkan dalam pertemuan Zoom maya bahawa PSP berhasrat untuk bertanding di dua GRC lima kerusi, West Coast dan Tanjong Pagar, GRC empat kerusi Chua Chu Kang, dan lima kawasan undi perseorangan (SMC) iaitu Hong Kah North, Pioneer serta Marymount, Yio Chu Kang dan Kebun Baru yang baru dibentuk. Walaupun bekas anggota parlimen PAP dan calon pilihan raya presiden 2011 itu tidak menyebut GRC lima kerusi Nee Soon, beliau dan beberapa anggota PSP berada di Chong Pang untuk bertemu penduduk pada Ahad, dan kemudian berkata parti itu sedang mempertimbangkan untuk bertanding di wad tersebut. Dr Tan berkata pada Selasa: "Kami memilih kawasan yang kami mahu bertanding berdasarkan sama ada kami boleh menang dan ada tempat-tempat tertentu yang saya kenal. Contohnya, saya pernah menjadi doktor di bahagian barat (Singapura), saya adalah Anggota Parlimen di bahagian barat, jadi kami menumpukan perhatian di bahagian barat. " Beliau menambah: "Sudah tentu pada Hari Penamaan calon, perkara (boleh) berubah. Politik sangat berubah-ubah jadi kami akan mengkaji semua tempat ini dengan lebih teliti." Pada Selasa, Dr Tan juga mengumumkan enam calon lagi untuk pilihan raya akan datang, termasuk lagi lima yang akan bertanding dalam pilihan raya pertama mereka. Ini berlaku setelah parti itu memperkenalkan senarai enam calon pertamanya pada Khamis lalu dan melakukan kunjungan ke beberapa kawasan undi hujung minggu lalu. Dr Tan tidak menyatakan di mana calon akan bertanding tetapi Encik Abas Kasmani, 57 tahun, adalah satu daripada dua nama yang dikatakan akan mengambil slot terakhir dalam pasukan lima orang Dr Tan di West Coast, dan telah ditampilkan dalam risalah yang diedarkan di kawasan undi itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg