GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GE2020: Sijil dari Jawatankuasa Masyarakat mesti didapatkan bagi calon minoriti GRC

Jun 23, 2020 | 6:50 PM
662b6b8b-7d3c-40c0-8650-badb1fa81e36
-

CALON minoriti yang mahu bertanding bagi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) mesti mendapatkan sijil daripada Jawatankuasa Masyarakat Melayu atau India dan Minoriti Lain.

Semua permohonan mesti diberikan kepada Jabatan Pilihan Raya (ELD) selewat-lewatnya pada Jumaat ini, 26 Jun 2020. Calon berkenaan mesti memberikan permohonannya secara dalam talian menerusi perkhidmatan digital ELD dengan borang permohonan boleh didapatkan di laman web jabatan tersebut. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan ELD, Jawatankuasa Masyarakat Melayu yang diumumkan sebagai terdiri daripada Mantan Setiausaha Parlimen Kanan, Encik Yatiman Yusof, sebagai pengerusi; guru pesara Tun Sri Lanang, Cik Fatimah Azimullah; Ketua, Kumpulan Akademik Bahasa dan Kebudayaan Asia Institut Pendidikan Kebangsaan, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor Madya Hadijah Rahmat; ketua Program Pengajian Hubungan Silang Agama dalam Masyarakat Majmuk (SRP) di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) NTU, Encik Mohammad Alami Musa; dan mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Encik Zulkifli Baharudin. Jawatankuasa Masyarakat India dan Minoriti Lain pula dipengerusikan oleh Profesor Satkunanantham Kandiah; dan dianggotai Encik De Silva Gerard Francis, Encik Khiatani Manohar Ramesh, Profesor Madya Narayanan Ganapathy, dan Encik Ravinder Singh.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg