Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

GE2020: Pilihan raya ini yang terakhir bagi Goh Meng Seng dari PPP

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

GE2020: Pilihan raya ini yang terakhir bagi Goh Meng Seng dari PPP

Jun 27, 2020 | 08:10 PM



SETIAUSAHA Agung Parti Kuasa Rakyat (PPP) Goh Meng Seng pada Sabtu (27 Jun) berkata ini kali terakhir beliau bertanding dalam pilihan raya.



Bercakap kepada media semasa lawatan ke Pasar dan Pusat Makanan MacPherson, Encik Goh, 50 tahun, berkata beliau pada awalnya merancang untuk kekal dalam politik selama 15 tahun atau tiga pusingan pilihan raya.


Tetapi ini akan menjadi pilihan rayanya yang keempat, kali ini bertanding di SMC MacPherson, di mana beliau dijangka menghadapi Tin Pei Ling dari Parti Tindakan Rakyat (PAP).


Veteran pembangkang itu, yang merupakan perunding utama di syarikat perundingan dan penyelidikan pasaran Whiz Research and Consultancy, pertama kali bertanding pada 2006 di GRC Aljunied bersama Parti Pekerja (WP).


Semasa pilihan raya umum 2011, beliau bertanding di GRC Tampines di bawah Parti Perpaduan Nasional (NSP).


Pada Mei 2015, beberapa bulan sebelum pilihan raya umum tahun itu, Encik Goh mengumumkan yang beliau akan menubuhkan PPP.


Beliau kemudian memimpin sekumpulan calon yang bertanding di GRC Chua Chu Kang dan tewas kepada pasukan PAP yang dipimpin oleh Menteri Kesihatan Gan Kim Yong.


Dalam catatan di Facebook pada Sabtu, Encik Goh memberi manifesto pilihan raya partinya.



Ini termasuk menaik taraf flat HDB lama di MacPherson menerusi pelbagai program dan skim; menubuhkan hospital masyarakat untuk memenuhi keperluan warga tua; dan mengundang badan amal menubuhkan klinik perubatan tradisional Cina (TCM) percuma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >