Premium
Karyawan DBS ingin jadi penghubung
Derrick Goh, 51 tahun
Jun 26, 2020 | 5:30 AM
MAHU JADI PENGHUBUNG: Encik Derrick Goh berharap dapat memberikan pandangan kepada pemerintah dan juga mengongsi perspektif pemerintah serta inisiatif kepada penduduk sekiranya dipilih dalam pilihan raya umum tahun ini. - Foto PAP -
SEMASA menerajui POSB Bank dahulu, Encik Derrick Goh Soon Hee berpeluang bekerjasama dengan pemimpin akar umbi untuk melaksanakan projek masyarakat.
Ini termasuk membantu anak-anak kecil lebih memahami tentang kepentingan simpanan dan membantu warga emas dalam perbankan dalam talian.

