Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Keputusan Pilihan Raya 2020 beri PAP mandat jelas, tapi perlu dekati pengundi muda; tangani keperitan ekonomi: Lawrence Wong

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Keputusan Pilihan Raya 2020 beri PAP mandat jelas, tapi perlu dekati pengundi muda; tangani keperitan ekonomi: Lawrence Wong

Jul 18, 2020 | 06:26 PM



PARTI Tindakan Rakyat (PAP) mesti bekerja keras untuk memahami dan mendekati pengundi muda, dan menangani keperitan ekonomi yang dialami mereka dalam lingkungan usia 40-an dan 50-an tahun.


Demikian kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, dalam mengongsi dapatan awal tentang prestasi PAP dalam pilihan raya umum 2020 dan rancangan seterus PAP bersama lebih 130 aktivis parti menerusi Zoom dan pihak media di ibu pejabat parti itu di Upper Changi Road pada Sabtu (18 Julai).


Menyentuh tentang pengundi muda, beliau berkata golongan itu mempunyai aspirasi, harapan dan jangkaan berbeza, dan isu yang menjadi keprihatinan mereka juga lain berbanding generasi lebih lanjut usia.


Golongan itu, tambahnya, juga melihat pada masalah yang ada secara berbeza.


“Oleh itu, kami perlu membina kepercayaan dan kompak sosial baru dengan rakyat Singapura lebih muda. Kami juga perlu menggembleng orang muda agar mereka akan melakukan sesuatu bukan hanya untuk diri mereka sendiri, malah orang lain, yang memerlukan bantuan.


“Malah, beberapa Anggota Parlimen kami, terutamanya yang baru, adalah warga Singapura muda yang rasa bersemangat untuk membantu orang lain berjaya,” kata beliau.


Encik Wong berkata partinya akan perlu mendapatkan lebih ramai orang muda seperti mereka “untuk mengaitkan PAP sebagai sebuah parti yang memberikan harapan dan laluan pada masa depan” dan membina ikatan dengan generasi pengundi baru.


Encik Wong berkata tumpuan juga akan diberikan untuk membantu mereka yang dalam usia 40-an dan 50-an tahun dari segi ekonomi, memandangkan kumpulan ini merupakan mereka yang menjaga ibu bapa yang lanjut usia dan juga anak-anak kecil.


“Kami menyedari ini satu isu. Segmen ini, kumpulan ini, berdepan dengan cabaran meskipun sebelum krisis Covid-19 melanda. Namun sejak itu, saya rasa cabarannya telah bertambah.


“Kebanyakan skim dan program dalam empat Belanjawan tahun ini disasarkan kepada kumpulan ini. Malangnya, tiada bantuan yang mencukupi dalam krisis sebesar ini,” kata beliau.


Oleh itu, PAP akan terus menyemak dan mengemaskini dasarnya dan berusaha untuk menangani kebimbangan semasa tempoh mencabar ini, tambah Encik Wong.


Menyentuh tentang sokongan buat PAP, Encik Wong berkata meskipun terdapat beberapa komentari yang menyatakan pengundi muda telah "mengabaikan PAP secara nasional", ia harus dilihat dalam perspektif.


Menurutnya, dalam banyak kawasan undi yang mempunyai pengundi muda, PAP menerima sokongan baik, dengan misalnya, parti itu meraih 61 peratus undi di Punggol West.


Namun, sokongan daripada kumpulan warga berusia 40-an, 50-an dan malah awal 60-an tahun telah berkurangan disebabkan keperitan ekonomi yang dialami, termasuk kehilangan pendapatan dan perniagaan yang terganggu.


PAP juga menyaksikan kemerosotan sokongan dalam kalangan beberapa pengundi yang tinggal di kediaman privet berhalaman dan kondominium dek isu ekonomi semasa.


Meskipun PAP mendapat mandat majoriti jelas dengan meraih undi 61.24 peratus dalam pilihan raya kali ini, Encik Wong berkata peratusan undi itu adalah lebih rendah daripada yang diharapkan parti tersebut.


Dalam pilihan raya umum 2020, PAP kehilangan GRC Aljunied dan juga GRC Sengkang baru selain SMC Hougang kepada Parti Pekerja (WP).


Dengan kempen pilihan raya kali ini dilaksanakan secara digital, Encik Wong berkata parti itu telah berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan pelbagai kandungan baik dalam talian, tetapi akur tidak semuanya dapat didekati netizen, terutamanya dalam platform lebih baru seperti Instagram dan Telegram.


Dalam pilihan raya 2020, Encik Wong berkata WP telah melaksanakan kempen baik yang menyentuh tentang keinginan ramai pengundi bagi lebih banyak semak dan imbangan, dan kehadiran Parti Kemajuan Singapura (PSP) pula telah 'menggegar' kubu kuat PAP di bahagian barat negara.


Encik Wong berkata adalah sukar bagi PAP mencapai mandat 70 peratus sekali lagi seperti yang dilihat dalam pilihan raya 2015, namun partinya berharap untuk mendapatkan sekurang-kurangnya bahagian atas julat antara 60 dengan 65 peratus undi dalam pilihan raya seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >