Premium
Low Thia Khiang: Matlamat perbaharui WP sudah dicapai
Jun 27, 2020 | 5:30 AM
TIADA SESALAN: Encik Low yang tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang berkata beliau tidak menyesali apa-apa kerana menganggap tugasnya sudah selesai selepas berkhidmat sebagai Anggota Parlimen Parti Pekerja selama hampir 30 tahun. - Foto ZAOBAO -
BELIAU telah memainkan peranan penting dalam sejarah politik Singapura dan sedang beliau mengundur diri daripada bertanding dalam pilihan raya, mantan ketua Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang itu tidak mempunyai sebarang sesalan.
"Saya tidak mengharap orang lain akan ingat saya. Saya telah melakukan apa yang diperlukan, saya tiada sesalan," ujar ahli politik pembangkang veteran itu.

