MBS dan JW Marriott pusat undi khas bagi yang jalani SHN di situ
Premium
MBS dan JW Marriott pusat undi khas bagi yang jalani SHN di situ
Pasukan pengundian bawa kertas undi kepada pengundi yang kekal di bilik
Jul 2, 2020 | 5:30 AM
PUSAT UNDI DI BANDAR: Terdapat empat pusat mengundi di Marina Bay Sands yang merangkumi dua menara berlainan, dengan setiap pusat meliputi lebih 20 tingkat, dan satu pusat di JW Marriott. - Foto fail -
HOTEL Marina Bay Sands dan JW Marriott Hotel Singapore South Beach telah ditetapkan sebagai pusat mengundi khas bagi pengundi yang sedang menjalani perintah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di situ.
Menurut notis e-warta pemerintah kelmarin, pusat tersebut akan ditubuh bagi mengundi pada 10 Julai nanti di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen (Aturan Khas Covid-19).

