Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

PAP namakan Xie Yao Quan untuk gantikan Ivan Lim, perkenal pasukan GRC Jurong

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

PAP namakan Xie Yao Quan untuk gantikan Ivan Lim, perkenal pasukan GRC Jurong

Jun 29, 2020 | 11:07 AM



PARTI Tindakan Rakyat (PAP) memperkenal seorang lagi bakal calon baru yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.



Ini menyusuli langkah seorang bakal calon yang diumumkan sebelum ini, Encik Ivan Lim, mengundur diri sebagai calon PAP dalam Pilihan Raya Umum 2020.



Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, mengumumkan bakal calon baru itu, Encik Xie Yao Quan, dalam satu sidang media di Bukit Batok pagi tadi (29 Jun).



Encik Xie, 35 tahun, merupakan Ketua Penyusunan Semula Penjagaan Kesihatan di Hospital Alexandra dan antara lain bertanggungjawab memimpin operasi Covid-19 hospital itu, termasuk dari segi Kemudahan Penjagaan Masyarakat.



Encik Xie yang juga pernah berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan sebuah syarikat pelaburan sebelum ini juga aktif menyumbang kepada masyarakat sejak 2015 dan telah memperkenal pelbagai usaha untuk membantu keluarga berpendapatan rendah di Jurong.



Beliau turut menyumbang sebagai anggota lembaga SG Enable serta anggota pasukan bertindak perhubungan dan pendekatan Generasi Merdeka.



Encik Xie akan bertanding di GRC Jurong bersama pasukan yang dipimpin Encik Tharman.



Bakal calon lain yang akan bertanding di kawasan undi itu ialah Dr Tan Wu Meng, Cik Rahayu Mahzam dan Encik Shawn Huang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >