Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Pasukan PAP pimpinan Tan Chuan-Jin bersaing dengan WP di GRC Marine Parade

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Pasukan PAP pimpinan Tan Chuan-Jin bersaing dengan WP di GRC Marine Parade

Jun 30, 2020 | 07:16 PM



GRC Marine Parade akan bertanding dalam pilihan raya umum tanpa Menteri Kanan Emeritus Encik Goh Chok Tong yang bersara dari politik selepas 44 tahun.

Sedang pengalaman serta kedudukannya sukar diganti, pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) kali ini akan memanfaatkan keupayaan serta bakat secara berkumpulan untuk terus berkhidmat dengan baik kepada penduduk.

Ketua pasukan PAP di GRC itu, Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin, berkata demikian dalam sidang media maya selepas penamaan calon di Sekolah Kong Hwa di Guillemard Road pada Selasa (30 Jun), di mana Encik Seah Kian Peng, 58 tahun, dan Encik Edwin Tong, 50 tahun, serta muka baru Encik Mohd Fahmi Aliman dan Dr Tan See Leng turut dinamakan.

“(Encik Goh) adalah individu yang sangat istimewa dan berharga bagi kami semua. Saya tidak rasa ia adalah tentang penggantian.
“Saya rasa kita semua membawa keupayaan yang berbeza, pengalaman yang berbeza, bakat yang berbeza, dan yang penting juga bekerjasama sebagai satu pasukan,” kata Encik Tan, 51 tahun.

Tempat Encik Goh, 79 tahun, diambil oleh Dr Tan See Leng, 55 tahun, yang merupakan bekas ketua eksekutif kumpulan dan pengarah urusan IHH Healthcare, dan juga calon baru paling tua yang diperkenalkan PAP.

Selain Encik Goh, Dr Fatimah Lateef, 54 tahun, juga bersara daripada politik setelah berkhidmat di GRC itu sejak 2006.
Kawasan undinya di Geylang Serai diambil alih oleh Encik Fahmi, 48 tahun, pengarah di Unit Penyelidikan dan Pentadbiran NTUC.

Pasukan PAP di GRC Marine Parade menghadapi persaingan daripada pasukan Parti Pekerja (WP) yang juga menampilkan lima calon lelaki termasuk calon yang bertanding untuk kali kedua, Encik Ron Tan Jun Yen, 35 tahun, yang mengambil alih sebagai ketua pasukan daripada bekas Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Encik Yee Jenn Jong, 55 tahun, yang turut bertanding di GRC itu.

Anggota lain termasuk tiga muka baru iaitu peguam Encik Muhammad Fadli Mohammed Fawzi, 40 tahun, pemilik perniagaan kecil Encik Muhammad Azhar Abdul Latip, 34 tahun, dan karyawan IT, Encik Nathaniel Koh, 36 tahun.

Ditanya media selepas penamaan calon sama ada partinya mempunyai peluang lebih besar untuk menang dengan ketiadaan Encik Goh dalam pasukan PAP di GRC Marine Parade, Encik Ron Tan berkata kempen di sebuah GRC adalah “usaha pasukan” dan kejayaan atau kegagalan tidak boleh “berasaskan hanya satu orang”.

“Bagaimanapun, Encik Goh Chok Tong adalah perintis Marine Parade. Beliau berada di sana selama 30 hingga 40 tahun, sudah tentu hubungannya dengan penduduk amat kuat. Kami ada mengalaminya apabila kami melakukan lawatan ke rumah.
“Tetapi, kami yakin dengan keikhlasan dan dengan usaha kami, penduduk dapat melihat yang kami juga akan mampu menyumbang kembali kepada mereka dan memastikan mereka dijaga dengan baik juga,” kata Encik Ron Tan.

Pada 2015, pasukan yang dipimpin Encik Goh menewaskan WP dengan 64.07 peratus undian.

Ini kali ketiga WP menghantar pasukan untuk bersaing di GRC Marine Parade.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >