PERDANA Menteri dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Lee Hsien Loong, menyeru rakyat Singapura untuk meletakkan kepercayaan terhadap parti itu dan memberi mandat yang kukuh dalam Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020) agar ia dapat melaksanakan rancangan yang terperinci untuk keluar dari krisis Covid-19.

Beliau menambah keputusan yang tegas diperlukan bagi mengelak tercetusnya satu lagi penularan besar dan juga menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan.