Topic followed successfully
Go to BHkuPM Lee umum pilihan raya; Hari Penamaan Calon 30 Jun
PM Lee umum pilihan raya; Hari Penamaan Calon 30 Jun
Jun 23, 2020 | 4:27 PM
PM Lee umum pilihan raya; Hari Penamaan Calon 30 Jun
-
“
PRESIDEN Halimah Yacob telah membubarkan Parlimen hari ini, setelah dinasihati Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang berkata beliau telah memutuskan untuk mengadakan pilihan raya sekarang, sementara situasi Covid-19 kekal stabil. Dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen dan Facebook, Encik Lee menjelaskan bahawa beliau menasihati Puan Halimah untuk membubarkan Parlimen dan mengeluarkan Writ Pemilihan agar dapat memberi pemerintah baru mandat lima tahun penuh dan segar. Pilihan raya Singapura mesti diadakan selewat-lewatnya April tahun depan, dan tiada siapa yang boleh memberi kepastian berapa lama wabak koronavirus Covid-19 akan berterusan. Setelah pilihan raya, pemerintah baru dapat memberi tumpuan kepada agenda nasional termasuk menangani pandemik Covid-19, ekonomi dan pekerjaan. "Pemerintah yang anda pilih mesti melakukan keputusan kritikal. "Keputusan ini akan menjejas kehidupan anda, dan membentuk Singapura bagi beberapa tahun akan datang, jauh melebihi tempoh lima tahun pemerintah seterusnya," kata Encik Lee. Writ Pilihan Raya, yang menentukan tarikh pengundian, dijangka dikeluarkan tidak lama lagi.