GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat calon WP Raeesah Khan disyaki buat kenyataan mengenai kaum, agama

Jul 5, 2020 | 6:10 PM
Calon Parti Pekerja (WP), Cik Raeesah Khan, dikatakan membuat komen mengenai diskriminasi oleh pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang Singapura.
Calon Parti Pekerja (WP), Cik Raeesah Khan, dikatakan membuat komen mengenai diskriminasi oleh pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang Singapura. - Foto Fail ST

CALON Parti Pekerja (WP) bagi GRC Sengkang, Cik Raeesah Khan, sedang disiasat polis, setelah dua laporan dibuat terhadapnya pada Sabtu (4 Julai) dan Ahad berhubung komen yang beliau didakwa buat di media sosial mengenai diskriminasi oleh pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang Singapura. Polis dalam satu kenyataan pada Ahad berkata Cik Raeesah, 26 tahun, dikatakan membuat komen bahawa pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang Singapura mendiskriminasi terhadap warga. Beliau telah berkata berbanding dengan kumpulan lain, orang kulit putih dan orang Cina kaya dilayan secara berbeza di bawah undang-undang. Menggunakan konteks laporan berita keputusan City Harvest Church, Cik Raeesah dikatakan menulis komen bahawa Singapura memenjarakan golongan minoriti tanpa belas kasihan, mengganggu pemimpin masjid tetapi membiarkan pemimpin gereja yang rasuah yang mencuri $50 juta bebas, dan menyoal siapa telah dibayar. "Polis telah merujuk kepada Pejabat Peguam Negara, yang menyatakan bahawa kesalahan menggalak permusuhan antara kumpulan berbeza atas alasan agama atau kaum di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan diungkapkan. Siasatan polis sedang dijalankan," kata kenyataan itu. Sesiapa yang didapati bersalah menggalak permusuhan antara kumpulan berbeza atas alasan agama atau kaum di bawah Kanun Keseksaan boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg