Pritam mohon maaf WP tidak hantar wakil ke sesi bahas bahasa Mandarin
Premium
Pritam mohon maaf WP tidak hantar wakil ke sesi bahas bahasa Mandarin
Jul 3, 2020 | 5:30 AM
ENCIK PRITAM SINGH: Calon WP boleh berbahasa Mandarin tetapi tahap kefasihan yang diperlukan dalam perbahasan secara langsung adalah lebih tinggi. -
KETUA Parti Pekerja (WP) telah memohon maaf kerana tidak menghantar wakil dalam satu perbahasan secara langsung dalam bahasa Mandarin di televisyen nasional kelmarin.
Encik Pritam Singh, Setiausaha Agung WP, berkata semalam bahawa ada individu dalam parti itu yang boleh berucap dan berkomunikasi secara berkesan dengan penduduk dalam bahasa Mandarin.

