GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Teka-teki Lee Hsien Yang sebagai calon PSP

Jun 28, 2020 | 4:47 PM
213ddf71-a5ee-457a-a27d-b25d59c892f8
-

RABU lalu, tumpuan orang ramai berpaling kepada pasar Tiong Bahru, apabila ketua Parti Kemajuan Singapura (PSP), Dr Tan Cheng Bock menyerahkan kad keanggotaan parti kepada Encik Lee Hsien Yang.

Penyertaan Encik Lee, 62 tahun, adik kepada perdana menteri, Encik Lee Hsien Loong menarik perhatian umum kerana beliau juga anak bongsu Encik Lee Kuan Yew, yang juga Perdana Menteri Pengasas Singapura.

Encik Lee dan kakaknya, Cik Lee Wei Ling mempunyai pertikaian dengan Perdana Menteri berkenaan masa depan 38 Oxley Road, rumah peninggalan mendiang ayah mereka, Encik Lee Kuan Yew.

Menjelang Hari Penamaan Calon lusa, kemunculan Encik Lee dalam arena politik setempat menimbulkan dua spekulasi.

Pertama sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya kali ini.

Kedua sekiranya beliau bertanding, sama ada Encik Lee akan bertanding di GRC West Coast bergandingan dengan Dr Tan atau beliau akan "berhijrah" di GRC Tanjong Pagar, kawasan undi di mana mendiang bapanya, Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, menjadi Anggota Parlimen selama lebih 60 tahun.

Spekulasi itu timbul kerana Dr Tan yang juga Setiausaha Agung PSP berkata senarai bakal calonnya masih boleh berubah sehingga Hari Penamaan Calon.

PSP bakal bertanding merebut 24 kerusi di GRC West Coast, Tanjong Pagar, Chua Chu Kang dan Nee Soon serta lima SMC: Hong Kah North, Pioneer, Marymount, Yio Chu Kang dan Kebun Baru.

Sewaktu sesi pengenalan minggu lalu, Dr Tan menegaskan bahawa Encik Lee telah menjadi anggota parti "buat beberapa waktu" namun disebabkan keadaan Covid-19, upacara penyerahan kad keanggotaan yang sesuai tidak dapat diadakan.

Kini persoalan utama ialah - adakah Encik Lee akan bertanding sebagai calon PSP.

Sewaktu sesi minggu lalu Encik Lee tidak memberi kata putus.

Beliau hanya berkata sekiranya beliau bersedia mendedahkannya "anda akan tahu".

Ketika membuat kunjungan ke Holland Village yang merupakan sebahagian GRC Tanjong Pagar, kelmarin Encik Lee menjelaskan:

"Saya hanya berpandukan parti dan saya berada di mana mereka mahu saya bantu mereka (untuk berkempen)," jelasnya sebelum menyertai pasukan PSP GRC Tanjong Pagar untuk meneruskan kempen di Bukit Merah.

Sumber-sumber memberitahu Berita Harian bahawa keputusan akhir hanya diketahui Dr Tan dan beberapa anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) PSP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg