Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tiada penambahan GST antara saranan dalam manifesto SPP

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Tiada penambahan GST antara saranan dalam manifesto SPP

Jun 28, 2020 | 11:04 AM



PARTI Rakyat Singapura (SPP) telah membentangkan manifestonya pagi ini melalui sesi dalam talian di wadah Zoom.



Manifesto tersebut dibahagikan kepada 10 bahagian dan didasarkan pada tiga prinsip panduan iaitu akauntabiliti, komitmen dan empati.



Antara isu yang diketengahkan dalam manifesto kempen parti tersebut termasuk mengurangkan kos sara hidup, melindungi golongan 'sanwic' dan meningkatkan kesihatan mental.



Menerangkan lebih lanjut, ketua parti yang juga bakal mengetuai pasukan yang akan bertanding di GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Steve Chia, berkata untuk mengurangkan kos sara hidup, SPP mengesyorkan agar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dinaikkan, dan gaji minimum diperkenalkan.



"Pemerintah mempunyai lebihan belanjawan yang banyak dan ia boleh menggunakan mekanisme lain untuk meningkatkan pendapatan seperti cukai pendapatan lebih tinggi bagi golongan 1 peratus teratas.



"Tiada sebab mengapa pemerintah perlu menaikkan GST jika ia boleh menggunakan cara lain yang belum dilakukan untuk meningkatkan pendapatan," kata SPP dalam manifestonya.



Selain itu, parti tersebut juga akan membentangkan manifesto Potong Pasir dalam beberapa hari akan datang, kata pemimpin SPP, Encik Jose Raymond, semasa sesi di Zoom itu.



Manifesto penuh SPP boleh didapatkan di lamannya spp.sg/manifesto.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >