GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wajah baru PAP Shawn Huang nafi tuduhan berkelakuan buruk

Jun 28, 2020 | 10:50 PM
5dfdb107-fd0a-4dc6-99dc-37995b4330c7
-

SEORANG lagi bakal calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang sedang menghadapi tuduhan berkelakuan buruk telah tampil membangkang tuduhan tersebut. Dalam pos pertamanya di Facebook, Encik Shawn Huang, 37 tahun, memberikan kenyataannya tentang kejadian dia mana beliau dikatakan telah "(melempar) makanan" ke arah pegawai semasa latihan untuk Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada 2018. Beliau merupakan komander NDP pada tahun itu. Tuduhan itu dibuat oleh Lin Leo di Facebook, dan menyatakan Encik Huang telah meminta satu paket makanan semasa waktu rehat dan pada mulanya tidak diendahkan. Encik Huang kemudian melihat satu paket makanan yang tinggal di atas meja untuknya. Lin Leo berkata Encik Huang tidak gembira apabila beliau tidak diendahkan sebelum itu, dan terus melempar makanan tersebut. Pos itu telah dipadamkan. Encik Huang telah menceritakan apa yang terjadi dalam satu kenyataan di Facebook. Katanya, beliau telah meminta makan semasa latihan tersebut di platform terapung Marina Bay. Kumpulannya tidak diberikan makanan. Menurut beliau, kumpulan logistik biasanya mempunyai makanan baki, yang biasanya akan terbuang. Namun, pegawai tersebut enggan memberikan makanan kepadanya, kata Encik Huang. Encik Huang berkata beliau cuba berunding dengan pegawai itu, namun masih tidak diberikan makanan, lalu beliau keluar untuk mencari makanan di tempat lain. Namun, sekembalinya beliau di khemahnya beliau terlihat satu paket makanan yang ditinggalkan untuknya. Katanya: "Saya memberitahu pegawai itu bahawa saya tidak lagi perlu makanan itu dan memulangkan makanan itu kepada beliau dengan sopan." Menurut Encik Huang, ini disaksikan oleh dua pegawai, Encik Azmi dan Ng Siak Peng.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg